Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

12 July 2011

In-Person : Albert Einstein



Ok. Untuk entry kali ni aku nak cerita pasal Albert Einstein. Aku pilih Albert Einstein sebab dia dikenali sebagai saintis moden tersohor abad ke 20; Isaac Newton pula dikenali sebagai pelopor dunia sains.


Einstein dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, selatan Jerman dan mereka sekeluarga berpindah ke Munich, pada tahun berikutnya. Bapanya adalah seorang engineer dan membuka syarikat bersama pakciknya. Keluarga Einstein adalah beragama Jewish tetapi mereka tidak mengamalkannya. Einstein tidak pandai bercakap sehingga berumur 3 tahun. Kemudian keluarga Einstein berpindah ke Milan, Italy. Einstein masih lagi menetap di Munich untuk menghabiskan pelajarannya.


Einstein dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Aarau, Switzerland oleh keluarganya selepas dia gagal untuk memasuki  Eidgenössische Polytechnische Schule (ETH) di Zurich. Sewaktu berumur 17 tahun, Einstein menghabiskan pelajarannya dan melucutkan kerakyatan Jerman nya atas sebab untuk mengelak Military Service. Einstein menukar kerakyatannya kepada Switzerland. Setelah itu Einstein melanjutkan pelajaran di Politeknik Zurich dalam bidang perguruan Fizik dan Matematik.

Einstein dan Mileva Marić dikurniakan 3 orang anak dan kemudia bercerai. Einstein berkahwin dengan Elsa Löwenthal dan kemudian mereka berpindah ke America dan menukar kerakyatannya lagi sekali sebagai rakyat Amerika.

Buku atau artikel Einstein yang paling dikenali dan sangat penting kepada dunia sains moden adalah Annus Mirabilis. Annus Mirabilis mengandungi 4 kertas kerja yang sangat penting iaitu mengenai Photoelectric effect, Brownian motion, Special relativity, dan Matter–energy equivalence yg dikenali dengan rumusnya iaitu E=mc2. Einstein telah di anugenahkan Nobel Prize in Physics dengan bukunya ini. Teori Einstein ini sangat susah untuk diterangkan tidak seperti teori yg dikeluarkan oleh Isaac Newton. Ramai saintis tidak mempercayai teori Einstein pada ketika itu, namun Einstein dapat membuktikannya dengan tepat sekali. Einstein mendapat pada tahun 1905 dari University of Zurich. Kerana Einstein jugalah kerajaan Amerika memulakan Manhattan Project - teknologi bom nuklear.


Terdapat beratus2 buku dan artikel yang ditulis oleh Einstein. Pada 17 April 1955, Einstein mati di Hospital Princeton, New Jersey semasa berumur 76 tahun. Dr. Thomas Stoltz Harvey, ahli patologi yang melaksanakan autopsi Einstein, telah mengawet otaknya. Pada tahun 1999, saintis mendapati terdapat perbezaan pada otak Einstein berbanding manusia normal. Terdapat juga teori bahawa Einstein mengidap sindrom Asperger, sejenis penyakit yang berkaitan dengan autisme.

Source:
The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History; 1978, ISBN 9780806510682
Albert Einstein






No comments:

Post a Comment