29 Februari 2012

Kehidupan Penunggang Basikal Di London

Baru² ini seorang pemandu bas telah dipenjarakan selama 17 bulan kerana menggunakan bas nya sebagai senjata terhadap penunggang basikal. Pemandu bas itu menghimpit penunggang basikal itu dan melanggar penunggang basikal itu dan menyebabkan kecederaan parah. Kejadian itu dirakam CCTV yg menjadi bukti kes tersebut. Penunggang basikal di London sering menjadi mangsa di jalan raya kerana kurangnya sikap bertimbang rasa pemandu lain seperti pemandu bas dan teksi di sana. Video dibawah menunjukkan kehidupan penunggang basikal seharian yg mengalami pelbagai risiko kemalangan.


Wabak Mulut Itik Telah Tersebar

Hahahahahahahahahahahahahahaha.


Source

Devon Works Tread 1 : Jam Tangan Mekanikal Pelik

Jam tangan Devon Works Tread 1 merupakan jam tangan yg sungguh pelik. Ia menggunakan belting untuk menunjukkan waktunya. Jam ini menggunakan Lithium Polymer rechargeable battery dimana ia di charge secara wireless. Jam ini juga direka bukan oleh pembuat jam tetapi sebuah syarikat aerospace. Saksikan video dibawah untuk melihat bagaimana ia berfungsi.



Source

Bagaimana Handphone Boleh Merosakkan Badan Anda


SMS semasa memandu meningkatkan risiko kemalangan sebanyak 4 kali.

28 Februari 2012

Fenomena Awan Berlubang

Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles. Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus.


Source

Apa Itu Tahun Lompat


Good explanation.

Seni Fotografi Bayi Terbang

Seni fotografi ini dihasilkan oleh Rachel Hulin, dan modelnya adalah anak beliau sendiri iaitu Henry. Pada mulanya, beliau membuat seni ini hanya untuk suka² dan mengupload pada facebook. Beliau mendapat banyak komen yg positif. Beliau merahsiakan teknik fotografi beliau tetapi beliau berkata, beliau tidak melambung atau melempar anak beliau. Cuma teknik subtraction dan addition digunakan.


Source

Pantai Navagio Super Cun Di Greece

Navagio Beach atau The Shipwreck terletak di Pulau Zakynthos dan merupakan antara pantai tercantik di Greece. Di pantai itu terdapat sebuah bangkai kapal yg bernama Panagiotis yg dipercayai adalah kapal penyeludup. Cakap banyak tak guna. Tengok gambar² di bawah untuk melihat betapa cantiknya pantai The Shipwreck ini.

Seni Geometri Di Permukaan Salji

Seni memukau mata ini dihasilkan oleh Simon Beck dengan menggunakan raquettes atau kasut salji. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya berjalan, namun setiap satu hasil seni ini adalah seluas tiga padang bola sepak dan mengambil masa dua hari untuk disiapkan. Beck akan berjalan selama 5 hingga 9 jam atau sehingga beliau kepenatan. Pada waktu malam, beliau akan memakai lampu suluh untuk meneruskan kerja beliau.


Source

Laluan Pejalan Kaki Atas Pokok Terpanjang Di Dunia

Dibuka 2 tahun lepas di Bavaria, Germany, laluan pejalan kaki atas pokok ini merupakan yg terpanjang di dunia iaitu sepanjang 1300 meter. Ianya membolehkan anda berjalan² menikmati pemandangan 25 meter dari permukaan tanah dan seolah² anda berjalan di atas pokok. Di akhir laluan terdapat sebuah 360 degree spiral dome setinggi 44 meter. Laluan pejalan kaki ini terletak di Bavarian Forest National Park yg mana merupakan national park pertama di Germany. Jangan lupa untuk singgah disini jika berkunjung ke Germany. Sieg Heil..!!


Source