Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

31 October 2012

WaterWorld: Tarikan Terbaru Di I-City Shah Alam



I-City di Shah Alam menjadi tempat tarikan pelancong serta anak muda yg gemar berdating dibawah lampu warna-warni. Aku sendiri belum sempat utk pergi melawat I-City walaupun pernah duduk berdekatan selama 8 tahun. Kini terdapat tarikan baru di I-City iaitu WaterWorld@I-City. WaterWorld ini sama seperti water park yg lain seperti Sunway Lagoon, Gambang Waterpark, A'Famosa Waterpark cuma ia mempunyai ride² mereka yg tersendiri. Antara yg dijangka akan mendapat sambutan adalah Tornado Ride seperti dalam video dibawah. Mengikut sumber yg tak berapa nak boleh dipercayai, Waterpark ini akan dibuka pada 9 November ini. Enjoyyy.







Kehebatan Akihiro Yanai Dalam Pertandingan Japan Juggling Festival 2012




Sapa kata juggling takde seni.







Gambar-Gambar Alam Yang Memenangi Pertandingan Fotografi 2012



Setiap tahun akan diadakan pertandingan Veolia Environmental Wildlife Photographer of the Year. 100 gambar dipilih dari 48,000 gambar yg dihantar dari 98 negara. Pemenangnya adalah Paul Nicklen dengan gambar penguins dibawah. Anda juga boleh melihat galeri penuh disini [link].


Source






10 Hackers Komputer Terkenal Di Dunia




Sekarang, Anonymous dan LulzSec sudah dikenali ramai kerana kegiatan hacking mereka. Siapa lagi selain mereka yg juga terkenal? Layan video dibawah.







Alat Muzik Dibuat Menggunakan Senjata Perang



Pedro Reyes dari Mexico mempunyai idea luar biasa. Bersama dengan 6 ahli muzik, beliau mengubah 6,700 senjata perang yg bakal dilupuskan  dan menghasilkan 50 alat muzik yg menggunakan senjata tersebut sebagai tanda protes terhadap peningkatan jenayah senjata di Mexico. Senjata tersebut dipotong dan disambungkan serta diolah menjadi alat muzik yg boleh berfungsi.


Source






30 October 2012

Bagaimana French Fries McDonald's Dibuat




Mungkin ramai yg tertanya² bagaimana fries McD dibuat. Layan video dibawah.







29 October 2012

Kenderaan 2 Alam Quadski Gabungan ATV Dan Jetski



Quadski adalah gabungan 2 jenis kenderaan untuk peminat sukan extreme yg menggabungkan ATV dan juga jetski. Quadski dikeluarkan oleh Gibbs Technology dan ia menggunakan enjin BMW Motorrad K1300. Ianya akan mula dijual dengan harga US$ 40,000 pada hujung tahun ini.


Source






Persembahan Kucing Yang Comel Di Russia




First tengok rasa comel. Second tengok rasa kesian kat kucing tu.







Alat Yang Sangat Berguna Untuk Mengelak Saman AES



Alat ini dinamakan Plate Flipper. Ia digunakan untuk flip no plate kereta anda dan menukarkannya ke bahagian belakang plate. Susah nak explain cara mcm ni. Lihat video bawah sekali untuk lebih pemahaman. Aku tak kata ianya legal digunakan. Sendiri pakai sendiri tanggung.


Source