Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

31 December 2013

Carlos Santana Dipertemukan Semula Dengan Pemain Dram Asal Yang Merupakan Seorang Homeless




Marcus "The Magnificent" Malone merupakan pemain dram asal Santana sekitar tahun 1967. Selepas keluar dari Santana, nasib Marcus tidak diketahui oleh Santana sendiri. Baru² ini seorang wartawan, Stanley Roberts telah terjumpa Marcus dalam keadaan homeless atau tidak mempunyai rumah. Wartawan itu telah mengaturkan untuk mempertemukan Marcus dengan Santana sendiri yg telah lebih 40 tahun tidak berjumpa. Video dibawah adalah saat ketika mereka dipertemukan. Dan pada 2 Febuari 2013 lalu, Santana telah mengumumkan untuk mengumpulkan semula ahli asal Santana (termasuk Marcus).


Source






Hati-Hati Menggunakan Mesin ATM




Video ni bukan di Malaysia tapi sapa tau boleh jadi kat Malaysia pun ada. Jadi berhati² lah semasa hendak menggunakan mesin ATM.







30 December 2013

2015 Mercedes C-Class




Belum masuk 2014 lagi Mercedes dah umumkan 2015 Mercedes C-Class. Model terbaru ini menampilkan design yg masih segar dari lampu hadapan hingga lampu belakang, ruang dalaman yg baru dan juga kuasa enjin baharu. Yg masih sama adalah lambang ikonik Mercedes. Rupa model terbaru ini nampak lebih agresif dan juga mewah. Ia dikuasakan dengan 2 pilihan enjin iaitu 235hp 2L turbo inline 4 atau 329hp 3L turbo V6. Harga kereta ini masih belum diumumkan.







Seni Yang Boleh Dibuat Menggunakan Pita Pelekat




Pernahkah anda terfikir kegunaan lain pita pelekat ni? Seorang artis seni dari Ukraine, mempunyai idea untuk menggunakan pita pelekat ini sebagai alat seni. Mark Khaisman akan melekatkan pita ini pada cermin secara berlapis² dan apabila dipasangkan lampu akan menghasilkan bayang². Kebanyakan hasil seni beliau bermotifkan potret.







12 December 2013

Cara Pokok Krismas Di Tuai




Menjelang Krismas, banyak pokok krismas diperlukan untuk menghiasi setiap rumah, gedung membeli belah dan pelbagai tempat lagi. Oregon merupakan salah satu syarikat membekal pokok Krismas yg terbesar di Amerika. Untuk memudahkan kerja mereka menuai pokok Krismas ini, mereka menggunakan khidmat helikopter dengan pilot yg sangat handal. Lihat kedua² video dibawah utk menyaksikan skill pengendali helikopter tersebut.


Source






11 December 2013

Tabiat Pelik Gadis Cantik Ini



Setiap orang ada perangai pelik yg susah untuk dikawal atau dihentikan. Begitu juga dengan gadis cantik bernama Rebecca Black Brown ini. Tabiat beliau adalah, semasa dalam keadaan tekanan Rebecca akan menarik² rambutnya atau dalam nama saintifiknya adalah Trichotillomania. Tabiat beliau ini sangat teruk sehingga beliau terpaksa mencukur rambutnya atau memakai rambut palsu untuk menutupi kawasan kepalanya yg botak. Alo lo lo kesiannyer meh abang hug meh.







10 December 2013

Pertandingan Ratu Cantik Antara Penjara-Penjara



Di Russia, 11 calon telah dipilih diantara 1220 banduan di 10 penjara untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik. Banduan² ini merupakan pesalah bagi pelbagai kesalahan seperti mengedar dadah, membunuh dan merompak tetapi pada satu hari sahaja, mereka dibenarkan berhias dan menikmati perasaan menjadi wanita dan bukan banduan. Bagus idea ni. Walaupun mereka pernah buat salah dalam kehidupan mereka, but they are still humans.







Wazuma V8F - Quad Bike Dengan Enjin Ferrari



Wazuma V8F adalah sebuah quad bike keluaran Lazareth yg menggunakan enjin Ferrari 3.0L V8 untuk memberi kuasa kepada kenderaan beroda 4 ini. Enjin Ferrani ini berkuasa 250 hp dan menggunakan 2 sistem suntikan bahan api yg dikawal sistem elektronik Sybelle. Gearbox pula diambil dari BMW M3 dengan 6 kelajuan yg dikawal pada pemegang quad bike ini. Untuk mereka yg kaya raya dan inginkan sukan lasak boleh laa membeli kenderaan ini daripada Lazareth sendiri. Superbly awesome.







Cetakan Menggunakan Air



Water transfer painting atau Hydrographic merupakan satu teknologi yg tidaklah nak dikatakan baru tetapi kini ia menjadi satu trend baru kerana kelengkapan yg mudah, proses yg cepat dan mempunyai pelbagai corak. Bahan yg hendak di corakkan akan di cat dengan warna asas dahulu. Kemudian lapisan polyvinyl alcohol yg telah dicetak corak yg diingini dilampirkan pada permukaan air. Bahan kimia pengaktif kemudian disemburkan pada lapisan tadi untuk mengaktifkan pelekatnya. Kemudian bahan yg hendak dicetak akan direndamkan kedalam corak tadi perlahan². Proses ini boleh dilakukan berkali² untuk mendapatkan hasil yg berlapis². Lihat proses mencetak melalui video dibawah sekali.








Teknik Untuk Mendapatkan Gambar Selfie Yang Cantik Dan Hensem



Ada diantara anda yg selalu merasakan gambar anda tidak natural dan tak sehensem rupa anda sebenar? Ini adalah tips dari jurugambar professional iaitu Peter Hurley tentang teknik untuk kelihatan photogenic dan menghasilkan gambar selfie yg natural dan hensem. Sesuai untuk mereka yg gemar mengambil gambar selfie. Ia dinamakan Squinch dimana anda perlu mengecilkan sedikit mata anda. Lihat video dibawah sekali tentang bagaimana teknik perlu dilakukan.







05 December 2013

Bilik Kebal Bank Dipenuhi 8 Juta Syiling 5 Sen Untuk Dijual



Bilik Kebal Schweizer Volksbank yg terletak di Basel, Switzerland ini adalah untuk dijual. Bilik ini dilengkapi peti besi simpanan dan jugak 8 juta syiling 5 sen Swiss. Keseluruhan berat syiling ini adalah 5 tan. Berikut petikan daripada penjual. "This is the original bank safe from the former "Schweizer Volksbank" and known to be one of the finest Swiss piece of craftwork in the early 20th Century. It is in very good shape and still usable as a bank deposit safe. It will be removed from it's original location and be replaced anywhere in the world. You'll freely decide what happens with it." 


Source






28 November 2013

Gelongsor Air Tertinggi Di Dunia Bakal Siap Di Kansas City



The Schlitterbahn Waterpark yg terletak di Kansas City sedang membina gelongsor air (water slide) yg tertinggi di dunia. Water slide ini setinggi 42.672 meter dan akan diberi nama Verrükt MEG-A-BLASTER. Water slide ini direka oleh Jeff Henry yg juga merupakan salah seorang dari owner taman tema tersebut. Water slide ini akan siap sepenuhnya dan dibuka kepada org ramai bermula tahun 2014. If you guys got balls, boleh try terjun.


Source






Rumah Kecil 425 Kaki Persegi



Zaman harga rumah tengah mahal ni, ramai yg cuba untuk mencari rumah yg bersaiz kecil. Pembangun juga banyak menawarkan studio² dan apartment yg kecil. Sangat sukar untuk menjadikan rumah yg kecil ini nampak luas dan cantik. Namun Specht Harpman Architects berjaya menghasilkan rumah ini yg terletak di bandar New York. Rumah kecil ini hanya seluas 425 kaki persegi namun ia dilengkapi ruang tamu, dapur, bilik mandi, ruang tidur dan juga balkoni. Rekaan perabut juga sangat minimalis yg membuatkan ruang kecil ini nampak luas. Mungkin idea mereka ini boleh dijadikan inspirasi penduduk di Malaysia.







26 November 2013

Volkswagen Golf GTI Unik Dengan Harga RM17.7 Juta



Volkswagen Golf GTI ini adalah hasil rekaan jurutera dari Volkswagen sendiri dan ia sangat berkuasa. Golf ini mempunyai 500 bhp dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/h dengan hanya 3.9 saat. Oleh kerana itu, kereta ini menelan belanja sebanyak RM17.7 juta (£3.4 million) untuk disiapkan. Kereta ini mempunyai kelajuan maksima sebanyak 300km/h dan meletakkannya diantara kereta terlaju didunia. Dengan harga sebanyak ini, ia merupakan 125 kali ganda daripada harga Golf GTI biasa. Klaus Bischoff, ketua engineer yg mencipta supercar ini berkata pihak Volkswagen tidak bercadang untuk memasarkan model ini tetapi generasi Golf selepas ini akan menjadikan kereta ini sebagai inspirasi.