Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

31 January 2013

Video Cubaan Membunuh Ahmed Dogan




Ahmed Dogan merupakan seorang ahli politik di Bulgaria. Pada 19 Januari 2013 yg lalu, semasa berucap di kongres di atas pentas, seorang lelaki meluru naik ke pentas dan mengacukan pistol kearah kepala beliau. Namun nasib menyebelahi beliau kerana pistol itu tidak berfungsi. Setelah diselidik, didapati pistol tersebut adalah pistol tekanan gas dengan kelonsong yg kosong. Lihat video dibawah. Hasil siasatan, pembunuh tersebut adalah Oktai Enimehmedov yg pernah ditangkap kerana penggunaan dadah, merompak, dan hooligan.







Lagi Perabot Bilik Yang Menjimatkan Ruang



Set perabot Matroshka ini hanya seluas 13 kaki persegi. Ianya boleh di transform menjadi katil, meja makan, sofa dan pelbagai lagi kegunaan. Disamping itu ianya juga dipenuhi dengan ruang² penyimpanan barang. Ia juga lengkap dengan meja untuk bekerja atau menggunakan komputer. Lihat video dibawah sekali.


Source






Jika GIF Popular Dengan Sound Effect




Jika GIF ditambah sound effect. Hahahaha. Lebih lawak daripada GIF sahaja.







Dato' Sri Najib Razak Dan Rozita Che Wan Bercinta?




Hahahahaha fail laa Harian Mental ni.








Reaksi Atuk Berumur 84 Tahun Pertama Kali Bermain Permainan Video




Hahahahaha. Amazingly, dia reti main Halo 4 dan Black Ops 2. Tapi reaksi dia kena tembak tu yg kelakar.







30 January 2013

Puting Beliung Buatan Terkuat Di Dunia



Puting beliung buatan ini telah direkodkan kedalam Guinness Book of World Record sebagai 'strongest artificially generated tornado in the world'. Tornado ini terletak di muzium Mercedes Benz di Stuttgart, Germany. Tornado setinggi 34.4 meter ini bukanlah dibina untuk mencatat rekod tetapi ia mempunyai kegunaan lain. Pihak keselamatan di Germany mensyaratkan bangunan supaya mempunyai sistem membuang asap sewaktu kecemasan. Oleh kerana keadaan bangunan muzium Merc ini adalah terbuka, mereka terpaksa mencari jalan untuk mengeluarkan asap. Dengan itu mereka menghasilkan puting beliung tiruan ini untuk menyedut asap dan mengeluarkannya dari bangunan.


Source






Mari Lihat Ladang Bunga Tulip Di Belanda



Belanda sangat terkenal dengan ladang bunga tulipnya. Setiap tahun dari Mac sehingga May, kawasan ladang bertukar menjadi berwarna-warni kerana musim menanam tulip. Menurut Nat Geo, tulip mula ditanam di Belanda sejak 1593 dan menjadi simbol negara sejak itu.


Source






10 Negara Dengan Simpan Emas Paling Banyak




10 countries with largest gold reserves. Tak sangka India termasuk dalam senarai.







29 January 2013

Invapah Solar: Ladang Tenaga Solar Terbesar Di Amerika



Gambar² ini diambil oleh Jamey Stillings. Ia adalah Ivanpah Solar Thermal Plant  yg terletak di Gurun Mojave. Ia merupakan ladang tenaga solar yg terbesar di Amerika dan mampu menghasilkan tenaga sejumlah 392 megawatt. Ia menggunakan lebih dari 170,000 keping cermin yg memantulkan cahaya matahari ke sebuah menara dandang di tengah². Projek ini menelan belanja sebanyak 2.2 billion dollar Amerika.







Bagaimana T-Shirt Boleh Mengubah Dunia




Ini adalah kempen kesedaran oleh Nat Geo tentang tshirt yg kita pakai. Apa kene mengena tshirt dengan mengubah dunia? Lihat video dibawah.







Apa Kata Lelaki Gay Tentang Vagina




Hahahahahaha ape kebenda mengarut video yg aku post ni. Aku pun takde idea. Tengok jela.







Garaj Kereta Lama Diubah Menjadi Apartmen Yang Sempoi



Jérémie Buchholtz adalah seorang jurufoto dari Perancis dan beliau mahukan apartmen yg murah di Bordeaux. Beliau tidak menjumpai apartmen yg diingini tetapi menjumpai sebuah garaj kereta lama dan terbiar. Beliau mendapat idea untuk mengubah garaj itu menjadi sebuah apartmen yg sungguh cantik. Rumah beliau ini hanya seluas 41 meter persegi.


Source






Manusia Menentang Musim Sejuk




Kita kat Malaysia ni teringin sangat nak main salji kan. Dorg ni bersusah payah lawan salji. Layanzzz.