30 Januari 2013

Puting Beliung Buatan Terkuat Di Dunia

Puting beliung buatan ini telah direkodkan kedalam Guinness Book of World Record sebagai 'strongest artificially generated tornado in the world'. Tornado ini terletak di muzium Mercedes Benz di Stuttgart, Germany. Tornado setinggi 34.4 meter ini bukanlah dibina untuk mencatat rekod tetapi ia mempunyai kegunaan lain. Pihak keselamatan di Germany mensyaratkan bangunan supaya mempunyai sistem membuang asap sewaktu kecemasan. Oleh kerana keadaan bangunan muzium Merc ini adalah terbuka, mereka terpaksa mencari jalan untuk mengeluarkan asap. Dengan itu mereka menghasilkan puting beliung tiruan ini untuk menyedut asap dan mengeluarkannya dari bangunan.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan