13 Mac 2013

Lelaki Kekal Hidup Selama 13 Tahun Dengan Mesin Dialisis Buatan Sendiri

3 kali seminggu Hu Songwen dari China akan duduk didalam bilik air kecil di rumahnya dan menjalankan dialisis menggunakan mesin yg dibuatnya sendiri. Beliau yg mengidap penyakit buah pinggang membuat mesin dialisis itu menggunakan peralatan dapur dan peralatan hospital lama kerana sudah tidak mampu untuk menampung bayaran kepada pihak hospital. Beliau mula didapati mengidap penyakit buah pinggang sejak belajar di kolej pada 1993. Beliau kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan setelah 6 tahun beliau kehabisan wang simpanan. Kerana nekad untuk terus hidup, beliau berusaha mencari peralatan dan membuat mesin itu sendiri.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan