Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

22 April 2013

Kubu Sigiriya Di Sri Lanka



Sigiriya dalam bahasa Sinhala yg bermaksud Lion Rock, terletak di daerah Matale, Sri Lanka merupakan sebuah batu besar yang mencapai ketinggian 200 meter. Di puncak batu itu ialah sebuah istana yg berkubu dibina oleh King Kasyapa, anak kepada Dhatusena. King Kasyapa mendapat kuasa raja setelah dia merancang pembunuhan bapanya sendiri. Kasyapa membunuh bapanya kerana kuasa akan diberikan kepada abangnya, Mogallana. Kerana bimbang akan diserang oleh Mogallana, Kasyapa membina kubu di Sigiraya kerana menyangkakan ia tidak boleh ditembusi. Namun selepas serangan kejam oleh Mogallana, Kasyapa akhirnya tumbang dan membunuh dirinya sendiri.

Kini, Kubu Sigiraya telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage Site dan menjadi tarikan pelancong tertinggi di Sri Lanka. Di kaki batuan itu, telah dibina tangga untuk pelancong mendaki sehingga ke puncak.


Source






No comments:

Post a Comment