Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

28 November 2013

Gelongsor Air Tertinggi Di Dunia Bakal Siap Di Kansas City



The Schlitterbahn Waterpark yg terletak di Kansas City sedang membina gelongsor air (water slide) yg tertinggi di dunia. Water slide ini setinggi 42.672 meter dan akan diberi nama Verrükt MEG-A-BLASTER. Water slide ini direka oleh Jeff Henry yg juga merupakan salah seorang dari owner taman tema tersebut. Water slide ini akan siap sepenuhnya dan dibuka kepada org ramai bermula tahun 2014. If you guys got balls, boleh try terjun.


Source






Rumah Kecil 425 Kaki Persegi



Zaman harga rumah tengah mahal ni, ramai yg cuba untuk mencari rumah yg bersaiz kecil. Pembangun juga banyak menawarkan studio² dan apartment yg kecil. Sangat sukar untuk menjadikan rumah yg kecil ini nampak luas dan cantik. Namun Specht Harpman Architects berjaya menghasilkan rumah ini yg terletak di bandar New York. Rumah kecil ini hanya seluas 425 kaki persegi namun ia dilengkapi ruang tamu, dapur, bilik mandi, ruang tidur dan juga balkoni. Rekaan perabut juga sangat minimalis yg membuatkan ruang kecil ini nampak luas. Mungkin idea mereka ini boleh dijadikan inspirasi penduduk di Malaysia.







26 November 2013

Volkswagen Golf GTI Unik Dengan Harga RM17.7 Juta



Volkswagen Golf GTI ini adalah hasil rekaan jurutera dari Volkswagen sendiri dan ia sangat berkuasa. Golf ini mempunyai 500 bhp dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/h dengan hanya 3.9 saat. Oleh kerana itu, kereta ini menelan belanja sebanyak RM17.7 juta (£3.4 million) untuk disiapkan. Kereta ini mempunyai kelajuan maksima sebanyak 300km/h dan meletakkannya diantara kereta terlaju didunia. Dengan harga sebanyak ini, ia merupakan 125 kali ganda daripada harga Golf GTI biasa. Klaus Bischoff, ketua engineer yg mencipta supercar ini berkata pihak Volkswagen tidak bercadang untuk memasarkan model ini tetapi generasi Golf selepas ini akan menjadikan kereta ini sebagai inspirasi.







Mari Selesaikan Kiub Rubik Kurang Dari 20 Langkah




Rubik's Cube dicipta pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik. Permainan ini sangat menarik dan hampir keseluruhan penduduk bumi pernah melihat permainan ini. Uniknya terdapat 43, 252, 003, 274, 489. 856, 000 konfigurasi untuk menyelesaikan permainan ini. Kini dengan teknologi dan kepakaran matematik, permainan ini boleh diselesaikan dengan kurang dari 20 langkah. Selamat mencuba. Wa tak pernah cuba lagi.







Harimau Putih Dengan Kecacatan Sindrom Down



Down Syndrome merupakan kecacatan genetik yg disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.  Jarang kita lihat kecacatan ini berlaku pada haiwan. Kenny merupakan seekor harimau putih yg mengalami kecacatan ini. Dengan berkurangnya jumlah harimau putih di dunia, para doktor haiwan cuba untuk membiakkan lebih banyak harimau putih. Namun kerana kurangnya harimau putih ini, susah untuk mendapatkan baka yg bagus dan Kenny adalah hasilnya. Kenny dilahirkan dengan keadaan yg mentally retarded, kurang kekuatan fizikal, dan merupakan harimau pertama dengan kecacatan Down Syndrome.


Source






20 November 2013

Kilang Membuat Badan Manusia Realistik



SynDaver Labs merupakan sebuah kilang membuat badan manusia synthetic yg sangat realistik. Mereka membuat badan manusia ini untuk digunakan oleh pelajar perubatan dan sebagai panduan mengajar pensyarah. Kepada sesiapa yg forever alone tu boleh beli sorg buat teman berborak kat rumah pun ok gak kan.







Teknologi Pembahagi Jalan Untuk Mengurangkan Kesesakan



Di negara luar sudah menggunakan teknologi pembahagi jalan yg boleh dialihkan untuk menambah laluan tambahan. Aku rasa teknologi ni dah boleh start guna pakai dekat negara kita terutamanya waktu pergi dan balik kerja.



Source






18 November 2013

Seni Lilitan Dawai Oleh Seung Mo Park



Artis seni dari Korea, Seung Mo Park telah menghasilkan sebuah lagi karya yg mengkagumkan. Karya terbarunya adalah seni lilitan dawai yg membentuk manusia yg dililit menggunakan dawai aluminum halus. Beliau menggunakan fibreglass yg berbentuk manusia sebagai teras untuk lilitan dawai beliau. Yang mengkagumkan adalah kehalusan seni dalam membentuk bentuk yg sangat rumit.







Yamaha Memperkenalkan Motosikal Elektrik PES1



Semasa di pertunjukan Tokyo Motor Show, Yamaha telah memperkenalkan beberapa buah motosikal prototaip dan salah satu daripadanya mendapat perhatian ramai pengunjung. Yamaha PES1 adalah sebuah motosikal elektrik yg ringan iaitu dibawah 100 kilogram dan dikuasakan melalui DC Motor berteknologi Yamaha Smart Power Module. PES1 bermaksud Passion Electric vehicle Street sport menggunakan frame jenis monocoque dan menggunakan bateri yg boleh ditukar ganti dengan mudah. Dibawah adalah gambar motosikal Yamaha PES1 dan selebihnya adalah motosikal yg juga diperkenalkan oleh Yamaha di Tokyo Motor Show.







13 November 2013

Seluar Dalam Wanita Untuk Mengelak Dari Dirogol




Rogol adalah satu perkara yg sangat ditakuti wanita melainkan kepada wanita yg menyukainya. Pelbagai alat dicipta untuk mengelak dari dirogol. Kini AR Wear telah memperkenalkan sejenis seluar dalam khas untuk mengelakkan dari dirogol, or at least melambatkan dan menyusahkan perogol. Seluar dalam ini direka dengan saiz yg ngam² untuk pemakainya dan mempunyai tali yg tidak boleh dipotong menggunakan pisau, gunting atau gigi perogol. Tali itu diikat menggunakan kunci yg mempunyai pilihan 132 kombinasi dan hanya 1 kombinasi yg membolehkan tali itu dibuka. Hanya pemakai yg mengetahui kombinasi untuk membuka kunci itu melainkan si pemakai memberitahu kombinasinya kepada teman lelakinya.


ARWEAR from ARWEAR on Vimeo.

Source






Ikan Pelik Ditemui Di Sarawak




Seorang nelayan dari Permyjaya, Sapar Mansor, telah menangkap seekor ikan yg berbentuk pelik dan primitif. Ikan ini ditangkap di Tudan, Sarawak. Sapar yg berumur 43 tahun berkata, ini adalah pertama kali beliau melihat yg sebegini rupa seumur hidupnya. Ikan ini mempunyai sirip tajam dan berukuran melebihi satu kaki. Para saintis yg mengkaji telah mengenal pasti spesis ikan ini yg dinamakan Armored Searobin. Mungkin boleh try buat masak tempoyak mana tahu sedap kan.


Source