10 Disember 2013

Cetakan Menggunakan Air

Water transfer painting atau Hydrographic merupakan satu teknologi yg tidaklah nak dikatakan baru tetapi kini ia menjadi satu trend baru kerana kelengkapan yg mudah, proses yg cepat dan mempunyai pelbagai corak. Bahan yg hendak di corakkan akan di cat dengan warna asas dahulu. Kemudian lapisan polyvinyl alcohol yg telah dicetak corak yg diingini dilampirkan pada permukaan air. Bahan kimia pengaktif kemudian disemburkan pada lapisan tadi untuk mengaktifkan pelekatnya. Kemudian bahan yg hendak dicetak akan direndamkan kedalam corak tadi perlahan². Proses ini boleh dilakukan berkali² untuk mendapatkan hasil yg berlapis². Lihat proses mencetak melalui video dibawah sekali.



Source: 1 & 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan