13 Januari 2014

McLaren F1 Buatan Belakang Rumah

Jacek Mazur, 48, merupakan seorang mekanik amatur dan telah membina sendiri sebuah supercar McLaren F1. Beliau mengambil masa selama 8 tahun dan telah menghabiskan belanja sebanyak US$ 33,000 untuk menyiapkan kereta ini. Kereta ini mampu meluncur pada kelajuan maksimum 322 km/j dan memecut sepantas 6 saat dari 0 ke 100 km/j. Kereta ini menggunakan enjin Audi dan kesemua barang lain diambil dari Mercedes. Lihat video interview beliau dibawah sekali.

Ratusan Ribu Ular Di Sarang Ular Narcisse

Narcisse Snake Dens (Sarang Ular Narcisse) terletak 6 km dari Narcisse yg terletak didalam daerah Manitoba, Kanada. Sarang ular ini merupakan sarang terbesar di dunia untuk spesis ular Red-sided Garter. Di hujung April sehingga awal bulan Mei, ular² ini akan merayap di permukaan tanah untuk musim persenyawaan. Dianggarkan 50 ekor ular jantan akan mengerumuni seekor ular betina untuk persenyawaan. Hardcore gang bang. Pelancong boleh melihat sarang ular ini secara dekat dengan adanya platform yg dibina bersebelahan sarang ular ini. Kepada mereka yg melancong ke Kanada boleh lah melawat sarang ular ini. Aku tak pernah tengok ular sebanyak ni.

10 Januari 2014

Jambatan Naga Di Da Nang, Vietnam

Kepada yg pergi melancong ke Vietnam, pastikan anda singgah di The Dragon Bridge (Jambatan Naga) yg terletak melintasi Sungai Han di Da Nang, Vietnam. Jambatan ini mula dibina pada 19 July 2009 dan dibuka pada 29 March 2013. Jambatan yg menelan belanja US$ 88 million ini mempunyai panjang 666m, 37.5m  lebar dan mempunyai 6 lane jalanraya. Ia direka oleh Ammann & Whitney Consulting Engineers bersama Louis Berger Group.

Lelaki Ini Tidak Pernah Mandi Selama 60 Tahun..!!

Dahulu aku pernah post pasal seorang lelaki dari India yg tidak pernah mandi selama 38 tahun. Kali ini lagi dasyat. Seorang lelaki dari Iran, Amoo Hadji yg berumur 80 tahun tidak pernah mandi sejak 60 tahun yg lepas..!! Beliau tidak mempunyai alasan kukuh seperti penyakit atau alahan untuk tidak mandi. Beliau memang taknak mandi. Oleh kerana tidak mandi selama berpuluh tahun, keadaan beliau sangat teruk seperti makhluk didalam cerita Lord of The Rings.