31 Januari 2012

Koleksi Middle Finger Dalam Movie


Hahahahaha. Pure entertainment. Layannn jerrr.

Lukisan Kreatif Dengan Bayang-bayang

Seorang artis dari Azerbaijan, Rashad Alakbarov mempunyai idea kreatif. Beliau menghasilkan lukisan pada dinding menggunakan bayang². Beliau menggunakan barang biasa untuk dijadikan bahan seni beliau. Mungkin anda juga boleh menghasilkan seni seperti beliau.


Source

Silat Pulut Oleh Spiderman


HOHOHOHOHOHOHOHOHOHOHO. Hilang laa budaya melayu pasni.

Hasil Kunyahan Chewing Gum Selama 6 Tahun

Barry Chappell merupakan seorang perokok tegar. Kerana ingin berhenti merokok, beliau telah mencuba memakan nicotine chewing gum setiap hari. Namun beliau tidak membuang hasil kunyahan chewing gum itu. Beliau akan menggentel nya dan menyimpannya. Kini setelah 6 tahun menggentel, hasilnya adalah hasil kunyahan chewing gum sebesar 62 inci diameter dan seberat 175 pound. Sebanyak 92,500 biji chewing gum telah di gentel. Gilosss.


Source

Bangunan Yang Di Tembusi Lebuhraya

Bangunan Gate Tower di Osaka, Jepun merupakan satu bangunan yg unik. Ini kerana bangunan ini ditembusi lebuhraya pada tingkat 5, 6 dan 7 bangunan 16 tingkat itu. Bangunan ini mempunyai kisahnya yg tersendiri. Tuan tanah kepada bangunan ini mahu membangunkan tanahnya dengan membina sebuah bangunan. Namun permohonannya ditolak kerajaan Jepun kerana highway itu telah pun di plan terlebih dahulu. Namun tuan tanah itu tidak berputus asa dan tidak mahu tanahnya diambil dan berkeras mahu membina bangunan. Setelah berbalah sehingga 5 tahun, akhirnya keputusan dicapai dengan membina kedua-dua bangunan dan highway itu. Maka wujudlah Gate Tower Building.


Source

Calamita Cosmica : Arca Rangka Manusia Besar

Calamita Cosmica adalah sebuah sculpture rangka manusia sepanjang 28 meter rekaan Gino De Dominicis, seorang artis dari Italy. Rangka ini telah dipamerkan di pelbagai tempat antaranya Versailles, Naples, dan Milan. Ia mula dipertontonkan pada tahun 1990 dan akhirnya di Rest In Peace kan di Museo Nazionale della Arti del XXI Secolo, Rome, Italy. Rangka ini adalah menyerupai rangka manusia kecuali pada bahagian hidungnya.

Perkampungan Tanpa Jalan Raya Di Netherland

Giethoorn adalah sebuah perkampungan tarikan pelancong di Netherland dan diberi gelaran "Venice of the North". Ini adalah kerana perkampungan ini tiada jalan raya langsung. Segala transportation adalah melalui jalan air menggunakan sampan atas bot yg menggunakan electric motor. Selain itu, suasana sejuk mata memandang perkampungan ini membuatkan ianya menjadi popular kepada pelancong.

WTF Japan : Untuk Mereka Yang Gatal Teloq


Untuk mereka yg selalu gatal teloq, sila beli produk ini. Takde laa tergaru² di tempat awam.

29 Januari 2012

Apartment Dengan Dinding Dipenuhi 25000 Bola Ping Pong

Apartment rekaan Daniel Arsham ini terletak di Brooklyn yg hanya seluas 90 kaki persegi. Apartment yg hanya memuatkan tempat tidur dan bertukar pakaian ini dihiasi dengan 25,000 biji bola ping pong. Bola² ping pong ini membentuk seperti dinding pixel dengan warna dari putih ke hitam. Hiasan ini mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dan menelan belanja US$100 per kaki persegi. Kalau kemek, rendam jer dalam air panas.

Jangan Nak Terlalu Rock Sangat


HAHAHAHAHAHAHA. Jangan nak rock sangat laa.

Restoren Di Kaki Air Terjun

Sebuah resort di Filipina telah membina sebuah restoran menarik di kaki air terjun buatan. Villa Escudero Resort memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai pengalaman mengisi perut disebelah air terjun. Air terjun tersebut akan mengalir di kaki pelanggan. Teruskan pembacaan untuk video.

27 Januari 2012

Bagaimana Kaum Nomad Membina Rumah Dengan Pantas


Kaum Nomad di Monggolia hidup berpindah randah. Oleh itu mereka memerlukan rumah pasang siap yg mudah untuk di assemble dan dibawa kemana². Rumah mereka ini dinamakan Gers atau Yurt di Russia. Satu keluarga akan bergotong-royong untuk menyiapkan rumah mereka seperti video dibawah.

26 Januari 2012

Lelaki Thailand Mengahwini Kekasih Yang Telah Mati

Tragic love story. Chadil Deffy dan kekasihnya selama 10 tahun, Sarinya Kamsook bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Namun, beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka, kekasihnya mengalami kemalangan kereta dan cedera parah. Dia dihantar ke ICU dan terbiar selama 6 jam kerana keadaan ICU yg terlalu sesak. Kekasihnya akhirnya mati. Chadil merasa terlalu sedih dengan pemergian kekasihnya dan berhasrat mahu meneruskan perkahwinan mereka. Pada 4 Januari lalu, majlis perkahwinan berlangsung di Surin, Thailand dengan suasana yg sangat sedih. Majlis itu juga disiarkan di stesyen tv tempatan.


Source: 1 & 2