30 Mac 2012

Wanita Terkehel Leher Kerana Bersin Terlalu Kuat

Kejadian berlaku dimana seorang wanita Victoria terkehel dua vertebrata pada lehernya kerana beliau bersin terlalu kuat. Kata Monique Jeffrey, 28, "It was such a big shock when you have such a busy life, I have a 10-month-old baby, my husband and I work full time and it only takes something as small as a sneeze to turn it all upside down." Kejadian itu berlaku semasa beliau berbaring dan membaca email pada handphone nya apabila beliau tiba² bersin dengan kuat. "I just knew something was wrong. I felt something move and I was in excruciating pain," katanya. Namun beliau bernasib baik kerana handphone nya masih berada di tangannya. Lalu beliau menghantar sms kepada husbandnya. "Help can't move pls call," sms nya. Sejurus itu suaminya pulang dan menghantarnya ke hospital. Anda boleh lihat videonya di LINK ini.


Source

29 Mac 2012

Simulasi Pergerakan Arus Lautan


Video dibawah menunjukkan pergerakan arus permukaan lautan di seluruh dunia dari June 2005 sehingga Decmeber 2007. Tak sangka pergerakan laut tu terlalu aggressive. Lihat video dibawah menggunakan resolusi 1080p untuk hasil yg lebih baik.

Lukisan-Lukisan Star Wars Dengan Hanya Satu Garisan

Lukisan² ini dilukis hanya dengan satu garisan yg continuous dan tidak putus pada mana² tempat langsung. Maksudnya, pen tidak diangkat langsung. Dihasilkan oleh Sam Hallows dari UK.


Source

Bila Dah Terlalu Mabuk


Hahahahahaha. Pokok pun bedal. Boh. aerhioa;fbna;frhaWRJHSSlasgfah..


Bonus extra: Baruding. aerthiajerl;nha;ha;jsfhjsd

Toyota AE86 Dijumpai Di Ruang Bawah Tanah Masih Dalam Keadaan Baru Keluar Kilang

Ok. First off all, entry ni dah lama terperuk dekat draft tu. Wa baru nak post. Enjoy.

Kereta Toyota Corolla AE86 ini dijumpai di Belgium dimana kereta ini telah tersimpan di basement selama lebih 25 tahun. Lebih menarik, kereta ini masih dalam keadaan asal seperti baru keluar dari kilang dan tidak berkarat langsung. Kerusi didalamnya masih dibalut dengan plastik dari kilang. Meter pada dashboard pun menunjukkan kereta ini baru berjalan sebanyak 48 kilometer. Pemilik kenderaan ini membeli kereta ini dan memandunya dari kedai kereta hingga ke basement tersebut. Dan kereta itu dibiarkan begitu selama lebih 25 tahun. Bau kereta ini juga masih bau seperti baru..!! Tuan kereta ini mengeluarkan minyak dari tangki dan bateri juga dibuka untuk mengelakkan kereta ini dari rosak. Enjoy gambar² dibawah. Rasa² kalau anda beli kereta baru, tergamak tak nak simpan kereta tu 25 tahun tanpa pakai langsung? Tak rasa membuak² ker nafsu nak bawak kete tu jalan²?

Le Parkour Menggunakan Basikal


Andrew Dickey melakukan aksi Le Parkour menggunakan basikal..!!

28 Mac 2012

Robot Penggunting Rambut


Hasil dia? Mcm haram jadah. Hahahahahahaha.

The Multi-Arm UGV (Unmanned Ground Vehicle) demonstrates its dexterity by shaving a volunteer's head to raise money for the St. Baldrick's Foundation, a charity committed in funding research for finding a cure for childhood cancer.


Source

Makam Zaman Dinasti Qing Dirompak - Mumia Dibiarkan Bergelimpangan

Pada 17 March lalu penduduk tempatan di Fujian dikejutkan dengan penemuan mayat yg diawetkan semasa mereka sedang hiking. Yg lebih memeranjatkan lagi, mayat tersebut lengkap berpakaian seperti zaman kuno dengan rambut bertocang seperti Fong Sai Yuk. It turns out that mumia tersebut adalah dari zaman Dinasti Qing pada 1882 AD iaitu 130 tahun yg lalu. Makam itu serta harta didalamnya telah dirompak dan mumia itu dibiarkan sahaja bergelimpangan. Lihat gambar² dibawah.

Khidmat Pesanan Masyarakat: MG2 Futsal Centre Grand Opening Tournament 2012


Khidmat pesanan masyarakat. Dapatkan borang dan syarat pertandingan di link dibawah.

http://www.4shared.com/office/dRKuwwds/borang_mg2.html

Facebook
Facebook Event

Video Allahyarham Koperal Ismayuddin Ismail Yang Dirempuh Bas


Dipetik dari Berita Harian. Al-Fatihah kepada Allahyarham dan takziah kepada keluarganya.

"JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas wanita dihadapkan ke Mahkamah Trafik di sini semalam, atas tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian seorang anggota polis trafik dalam kejadian di Bangunan Sultan Iskandar di sini pada malam Khamis lalu.

Wong Lim Chan, 48, dituduh memandu sebuah bas bernombor pendaftaran Singapura secara melulu dan membahayakan pengguna lain di kawasan Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (KIK) Bangunan Sultan Iskandar di sini, hingga menyebabkan kematian Koperal Ismayuddin Ismail, kira-kira jam 11.35 malam 22 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 serta lesen memandu digantung. Lim Chan mengaku tidak bersalah sejurus mendengar tuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Ravindran di depan Majistret Maslinda Selamat.

Ravindran memohon supaya Lim Chan dikenakan ikat jamin RM12,000 oleh seorang penjamin tetapi Maslinda menetapkan ikat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia.

Beliau turut memerintahkan lesen memandu Lim Chan digantung sehingga perbicaraan kes itu selesai dan menetapkan 24 April ini sebutan semula kes itu sementara menunggu serahan dokumen sebelum menetapkan tarikh perbicaraan. Lim Chan membayar jaminan yang ditetapkan itu.

Sebelum ini pada 22 Mac lalu, Ismayuddin maut dirempuh sebuah bas dan diseret hampir 150 meter ketika bertugas di laluan keluar KIK Bangunan Sultan Iskandar dekat sini. Dalam kejadian, Ismayuddin yang bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan memulakan kerja lebih awal seperti diamalkannya selama ini, maut di tempat kejadian selepas dirempuh bas bernombor pendaftaran Singapura terbabit.

Mangsa dirempuh bas yang hilang kawalan itu dari arah depan dan cedera teruk selain turut diseret. Seorang rakan setugas mangsa bagaimanapun sempat mengelak daripada dirempuh."


Source

27 Mac 2012

Frustro: Typeface Yang Mustahil Di Dunia Realiti

Awesome. Direka oleh Martzi Hegedus dari Budapest, Hungary.


Source

Gambar Lelaki Membakar Dirinya Demi Protest

Perghhh. This is sick. Warning..!! Horrifying image. Jamphel Yeshi, 27, dari Tibet membakar dirinya kerana memprotest kedatangan president China, Hu Jintao ke India. Tibet masih menuntuk hak kebebasan hingga kini.

26 Mac 2012

Generasi Kini Vs Dahulu Di Malaysia


Video menarik dihasilkan oleh jinnyboytv mengisahkan generasi dahulu dan sekarang. The good old days.

Online Gaming Vs Online Dating


Yg mana satu mempunyai daya tarikan yg lebih kuat?

Perabot Office Untuk Peminat Sukan Perlumbaan Kereta

Wowww. This is very nice. Sangat sesuai untuk office² yg berkaitan dengan industri automotive. Dijual oleh Intro-Tech Automotive dan diberi nama PitStop furniture line. Detailing perabot ini dipenuhi ciri² perlumbaan kereta. Memang nice.