Aku percaya ramai yg tak tau and aku sendiri pun baru tau perbezaan antara Holland dan Netherlands.
26 Disember 2012
24 Disember 2012
22 Disember 2012
Penyanyi Rap Menghasilkan Tattoo Anak Mata Dan Memarut Muka
Seorang rapper dari Poland telah melakukan prosedur tattoo di anak mata dan trend yg terbaru iaitu melakukan parut di muka atau Scarification. Sick world.
The Human Hoist: Kerusi Mekanikal Yang Memudahkan Mekanik
The Human Hoist adalah ciptaan Kevin Ferguson dan Eric Brittingham. Ianya merupakan kerusi mekanikal yg boleh dibaringkan dan hanya menggunakan bateri. Ia boleh meringankan beban mekanik yg selalu berubah posisi dari berdiri ke baring. Kerusi ini masih diperingkat permulaan dan masih memerlukan investor untuk memasarkan kerusi ini secara besar-besaran.
Homepage
21 Disember 2012
Permainan Fruit Ninja Dalam Dunia Sebenar
Hahahaha sapa yg main game Fruit Ninja kat henpon? Wa layan game nih. Ni yg terjadi kalau terlalu fanatik.
Apa Akan Terjadi Kepada Air Mendidih Di Negara Bersuhu -41 Darjah Celsius
Pernah terpikir apa akan terjadi kalau air mendidih disimbah di negara yg bersuhu - 41 darjah celcius? Tengok video bawah ni.
Keju Termahal Di Dunia Diperbuat Daripada Susu Keldai
Keju yg diperbuat di sebuah ladang di Serbia ini merupakan keju termahal di dunia dan ianya diperbuat daripada susu keldai. Ianya berharga US$ 1,300 sekilogram dan ia memerlukan sebanyak 25 liter susu untuk menghasilkan satu kilogram. Rasa keju tersebut dikatakan sama seperti keju Spanish Manchego tetapi lebih lazat.
Source
20 Disember 2012
Jambatan Gantung Tertinggi Di Eropah
Kerana menyambut ulangtahun ke 100 syarikat kereta kabel Titlis di pergunungan Titlis, sebuah jambatan gantung sepanjang 100 meter telah dibina pada ketinggian 3000 meter diatas paras laut. Ianya dipanggil Titlis Cliff Walk dimana ia merupakan jambatan gantung tertinggi di eropah dan telah dibuka pada 7 December lalu. Titlis merupakan destinasi popular bagi peminat ski dan snowboard dan terletak di Switzerland.
Source
Video Letupan Di Loji Gas Pemex
Kejadian berlaku pada 19 September lalu dan mengakibatkan 30 orang pekerja mati serta merta dan 25 lagi cedera. Kejadian letupan ini dirakamkan CCTV. Punca masih disiasat.
19 Disember 2012
Keyboard Tanpa Wayar Boleh Lentur Dan Tahan Lasak
Manusia mmg sentiasa nak lebih. Dah ada laptop, nak tablet. Dah ada tablet, nak ada wireless keyboard. Lepas tu nak ada wireless mouse. Lepas tu dah complete jadi macam laptop. Hahaha. Namun bagi yg inginkan wireless keyboard yg tahan lasak, boleh lentur, dan kalis air, ini adalah jawapannya. Qii adalah wireless keyboard yg anda cari. Ianya boleh digulung supaya menjadi lebih kecil dan mudah disimpan. Ia juga kalis air.
Source
Bagaimana Android Berkembang Sehingga Hari Ini
Android merupakan sebuah operating system untuk peranti seperti mobile phone dan tablet. Ia bermula pada 2005 dah kini merupakan sebuah operating system yg paling popular.
17 Disember 2012
Lampu Yang Dikuasakan Dengan Graviti
Dalam dunia serba moden kini, lampu menggunakan elektrik adalah biasa. Namun untuk negara² yg mundur dan miskin, pelbagai cara dilakukan untuk berjimat cermat. Lampu minyak tanah memerlukan pengeluaran duit dan agak berbahaya. Di negara miskin, membeli minyak tanah untuk lampu sudah cukup membebankan. Oleh kerana itu GravityLight ini dicipta oleh Therefore Design untuk menggantikan lampu minyak tanah. Ianya tidak menggunakan bateri atau kuasa solar tetapi hanya menggunakan kuasa tarikan graviti. Seperti jam lama yg menggunakan pemberat, GravityLight juga menggunakan konsep yg sama. Pemberat 10kg digantung dan boleh menyimpan kuasa sebanyak 176 Joule dan boleh bertahan untuk menyalakan lampu LED selama setengah jam. Harga untuk setiap lampu juga adalah murah dan dijangkakan sekitar US$10.
Source
16 Disember 2012
Bilik Simpanan Emas Bernilai US$ 315 Billion Di Dalam Bank Of England
Timbunan emas ini adalah di dalam Gold Bullion Vault di Bank of England. Total emas didalam bilik ini adalah berharga US$ 315 billion. Bestnya kalau dapat pergi tengok depan mata sendiri. So many golds. Songlap sejongkong masuk poket, kaya seumur hidup.