31 Oktober 2013

Gitar Akustik Boleh Lipat Oleh Fender

Membawa gitar akustik anda kemana² mmg satu perkara yg agak menyusahkan disebabkan saiznya yg besar dan panjang. Kini, Fender, iaitu sebuah pengeluar gitar yg terkemuka telah mengeluarkan model gitar akustik yg boleh dilipat menggunakan teknologi mekanisma engsel Voyage-Air yg membolehkan gitar dilipat pada bahagian neck. Terdapat 2 model iaitu Fender CD-140S VA dan CD-60 VA dimana ia dijual dengan harga US$1,100 dan US$1,000 respectively.


Source

25 Oktober 2013

Siri Fotografi Dengan Haiwan Tersembunyi

Siri gambar² photography ini dihasilkan oleh Art Wolfe yg bertajuk "Vanishing Act: Camouflage in Nature". Bolehkah anda mengesan haiwan² yg terdapat didalam gambar dibawah?

24 Oktober 2013

Sofa Bloc’d Boleh Disesuaikan Mengikut Kehendak Anda

Designer Scott Jones telah mencipta sofa Bloc'd ini yg mana pengguna boleh mengubah kedudukan kusyen mengikut kesesuai dan kehendak pengguna. Anda boleh lawati website Scott Jones pada source link untuk melihat hasil ciptaan beliau yg lain.

Taman Bawah Air Di Austria

Grüner See atau Green Lake merupakan sebuah tasik yg terletak di Styra, Austria. Ia dikenali dengan taman bawah air yg sangat cantik terutamanya selepas musim sejuk. Tarikan utama para diver adalah taman bawah air yg dilengkapi kerusi, jambatan dan pelbagai tumbuhan. Jurufoto dan penyelam Marc Henauer telah berpeluang mengambil gambar² cantik dibawah. Tonton sekali video yg menunjukkan kecantikan Grüner See ini.

23 Oktober 2013

Video Kejadian Pengebom Berani Mati Di Russia


Pengebom berani mati disyaki adalah seorang wanita dan meletupkan dirinya didalam sebuah bas di Volgograd, Russia. Kejadian ini dirakamkan oleh kamera kereta yg dipandu dibelakang bas tersebut. Seramai 6 orang mati disebabkan letupan itu dan 30 orang lagi telah cedera.

Enjin Kecil V8 Berfungsi Sepenuhnya Buatan Sendiri

Warning..!! Post ini mempunyai gambar yg sangat banyak. Jangan bukak sekiranya nak jimatkan data.
This maybe not the smallest engine in the world tapi hasil buatan tangan sendiri yg sangat awesome. Aku mcm tak percaya yg setiap parts dalam enjin ni dibuat sendiri. Enjin 45cc V8 fuel injection ini dibina oleh Keith Harlow dan ia berfungsi sepenuhnya. Anda boleh melihat sendiri video yg dirakamkan beliau dibawah sekali. Sangat awesome engineering hobby. Anda boleh lawat source link untuk membaca update dari beliau sejak mula membuat enjin ini.

22 Oktober 2013

Bagaimana Enjin Kereta Berfungsi


Kepada mereka yg nak tau bagaimana enjin kereta berfungsi, dibawah ini adalah penjelasan ringkas dan padat beserta grafik yg gempak. Anda perlu view gambar dibawah di komputer untuk melihat pergerakan² nya. Klik gambar untuk besarkan dan lihat dengan lebih jelas.

Periuk Api Laut Diubah Menjadi Perabot

Semasa perang dunia ke 2, periuk api dalam laut digunakan oleh pihak German dan Russia di Laut Baltic dan Teluk Finland. Mati Karmin dari Estonia merupakan seorang artis seni dan mengubah periuk api ini menjadi pelbagai jenis perabot seperti ruang membakar kayu api sehingga lampu lampi. Anda boleh cekidaut website beliau untuk lebih banyak hasil kerja beliau.

16 Oktober 2013

Motosikal Chopper Terbesar Di Dunia

Ini bukanlah Motosikal Chopper yg dibina oleh Orange County Chopper tetapi motosikal ini dibina oleh Fabio Reggiani dan 8 orang rakan beliau untuk menempatkan nama mereka kedalam rekod Guinness. Motosikal chopper ini terlalu besar sehingga mustahil untuk sesiapa memandunya secara normal hatta king kong sekali pun. Motosikal ini hanya boleh dipandu dengan menggunakan kawalan joystick yg dipasang pada tempat duduknya. Panjang chopper ini mencecah 10 meter dengan ketinggian 5.1 meter. Motosikal ini menggunakan enjin 5.7L V8 dan mengambil masa selama 7 bulan untuk disiapkan.

07 Oktober 2013

Penstabil Kamera Paling Canggih


Canggih sangat teknologi camera stabilizaton sekarang. Hahaha. Actually ni iklan oleh LG.

Video Bigfoot Melanggar Sekumpulan Manusia


Video kejadian bigfoot yg hilang kawalan melanggar sekumpulan penonton. Hahaha mesti korg ingat video bigfoot lain kan.

Stadium Olimpik Di Beijing Yang Kini Di Tinggalkan

Bangunan² yg dibina untuk sukan Olimpik di Beijing kini telah ditinggalkan. Rugi tak digunakan sepenuhnya.