Ok aku nak buat satu ruangan baru bertajuk In-Person. Ruangan ni aku nak bercerita pasal influential person in history. Untuk first entry In-Person ni, aku pilih Isaac Newton. Gila geek punya entry. Enjoysss.
wajah hensem Isaac Newton
Isaac Newton dilahirkan di Woolsthorp, England pada hari natal tahun 1642. Tahun ini juga merupakan tahun yang sama Galileo mati. Maybe satu hari nanti aku cerita pasal Galileo plak. Isaac Newton lahir setelah kematian ayahnya yg merupakan seorang petani yg berjaya; bermakna dia tak pernah bertemu ayah kandungnya sendiri. Semasa zaman persekolahannya, Isaac Newton sama seperti kanak2 yg lain dan bakatnya masih tidak menyerlah. Semasa peringkat remaja, ibunya menghalangnya dari ke sekolah dengan harapan Isaac Newton akan menjadi petani yg berjaya. Namun kemudian pengetua sekolahnya memujuk ibunya supaya membenarkan Isaac Newton meneruskan pelajaran sampai habis.
Semasa berumur 18 tahun, Isaac Newton berjaya melanjutkan pelajaran di Cambridge University. Semasa di universiti lah Isaac Newton menyerap segala ilmu2 sains dan matematik. Selepas itu Isaac Newton meneruskan pembelajaran dengan membuat research sendiri. Sewaktu berumur di antara 21 hingga 27 lah Isaac Newton mengeluarkan segala fatwa2 teori saintifik yg mengubah sains dan matematik dunia.
Walaupun sebelum Isaac Newton telah ramai saintis2 dan ahli matematik telah mengkaji mengenai Optic, Mechanics, Astronomi, circulation of blood, dan pergerakan planet2 mengelilingi matahari, namun masih belum terbukti kesahihan kajian2 yg telah dilakukan. Isaac Newton lah yg telah membuktikan dengan matematik hasil kajian di atas. Namun Isaac Newton masih menyimpan hasil research beliau sehinggalah beberapa tahun selepas itu.
Penemuan pertama Isaac Newton yg di publish kan adalah mengenai nature of light. Isaac Newton menemui bahawa cahaya putih adalah gabungan pelbagai warna seperti pelangi. Beliau juga turut mengkaji mengenai pantulan cahaya. Menggunakan ilmu ini, beliau telah mencipta reflecting telescope yg sangat penting bagi ahli astronomi hingga kini. Itu adalah hasil penemuan beliau dalam bidang optic.
replika reflecting telescope ciptaan Mr. Isaac
Dalam bidang matematik pula, Newton menemui Integral Calculus yg mana kita belajar sejak sekolah menengah sampai la habis degree. Kerana Isaac Newton lah kita terpaksa memerah otak untuk menjawap soalan matematik dalam peperiksaan. Hahaha. Blame on him.
Namun, penemuan Isaac Newton yg paling besar adalah dalam bidang Mechanics. Sains bagaimana satu objek bergerak. Awalnya Galileo lah yg mula mengkaji First Law of Motion dari segi teori. Newton lah yg menyelesaikan masalah itu dan tercipta lah Newton First Law of Motion. Isaac Newton juga telah mem publish kan Second Law dan Third Law.
- First law: Every body remains in a state of constant velocity unless acted upon by an external unbalanced force. This means that in the absence of a non-zero net force, the center of mass of a body either remains at rest, or moves at a constant velocity.
- Second law: A body of mass m subject to a net force F undergoes an acceleration a that has the same direction as the force and a magnitude that is directly proportional to the force and inversely proportional to the mass, i.e., F = ma. Alternatively, the total force applied on a body is equal to the time derivative of linear momentum of the body.
- Third law: The mutual forces of action and reaction between two bodies are equal, opposite and collinear. This means that whenever a first body exerts a force F on a second body, the second body exerts a force −F on the first body. F and −F are equal in magnitude and opposite in direction. This law is sometimes referred to as the action-reaction law, with F called the "action" and −F the "reaction". The action and the reaction are simultaneous.
PhilosophiƦ Naturalis Principia Mathematica
Ketiga2 kajian mengenai Law of Motion ini telah di compile kan oleh Isaac Newton dalam bukunya bertajuk PhilosophiƦ Naturalis Principia Mathematica. Dengan adanya Newton's Law ini, barulah saintis dapat mengungkap segala rahsia pergerakan dari pergerakan jari mengorek hidung sampai la pergerakan planet mengelilingi matahari.
Isaac Newton mati pada tahun 1727 dan jasadnya ditanam di Westminster Abbey. Setelah kematiannya, sejumlah besar kandungan merkuri dijumpai di dalam badannya, disyaki hasil dari ujikaji yg dijalankan Isaac Newton dalam bidang kimia.
Source :
The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History; 1978, ISBN 9780806510682
Isaac Newton
Tiada ulasan:
Catat Ulasan