Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

17 May 2013

Mari Kenali Jenis-Jenis Kasut Tumit Tinggi




Untuk pompuan. Kalau laki nak tau pun boleh jugak.







Champions League Final : Bayern Munich vs Borussia Dortmund




Sempena perlawanan akhir Champions League diantara Bayern Munich dan Borussia Dortmund yg akan berlangsung pada 25 May nanti, mari lihat statistik kedua² kelab ini.







Michael Jackson Menunjukkan Kebolehan Menarinya Semasa Masih Hidup




Maybe budak² muda zaman sekarang tak tau kebolehan Michael Jackson ni. Sila tengok video dibawah.







Segalanya Tentang Sir Alex Ferguson




Khas untuk semua peminat Manchester United dan bolasepak, sempena persaraan beliau.







16 May 2013

Jam Tangan Devon Tread 2 Yang Lebih Superb



Dulu aku pernah post pasal jam tangan Devon Tread 1. Kini Devon kembali lagi dengan model terbaru yg dilancarkan di Baselworld 2013 iaitu Devon Tread 2. Jam ini lebih kecil berbanding Tread 1 dan pergerakannya lebih simple. Terdapat 4 variasi yg dilancarkan iaitu Ghost (ceramic white), Shining (silver), Nightmare (black) dan Murder (red). Jika anda mampu, anda boleh membelinya yg dijual dengan harga US$ 9,950 setiap satu kecuali versi Ghost yg dijual dengan harga US$ 10,950. Anda boleh lihat video pergerakan jam ini. Pada pandangan aku, aku suka design yg lebih kecil dan cantik, cuma pergerakan dia agak simple kalau nak compare dengan Tread 1.







Lampu Chandelier Yang Menakutkan Hasil Rekaan Hilden & Diaz



Lampu spooky ini dihasilkan oleh Hilden & Diaz dan dinamakan Forms In Nature. Ia diilhamkan dari lukisan oleh Ernst Haeckel. Hasilnya adalah bilik yg kelihatan seperti dalam hutan yg menakutkan.


Source






Gambar-Gambar Pergunungan China Danxia Seperti Diwarnakan



China Danxia adalah UNESCO World Heritage Site kerana keadaan muka buminya yg sungguh unik. Ia kelihatan berlapis² dan berbelang² hasil dari keadaan cuaca bertahun². Enjoy gambar² dibawah.







Melihat Kapal Terbang Mendarat Dari Jarak Dekat Di Maho Beach



Maho Beach terletak di Saint Martin, Caribbean Island. Pasir yg putih dan lautan yg biru membuatkan pantai ini menjadi tarikan pelancong yg sangat popular. Lagi satu tarikan pantai ini ialah Lapangan Terbang Princess Juliana yg terletak betul² di tepi pantai ini. Kapal terbang yg mendarat mesti mendarat sedekat yg mungkin dari pantai kerana landasannya yg pendek iaitu 2,180 meter sahaja. Oleh itu pengunjung boleh melihat pesawat mendarat dari jarak yg sangat dekat. Di tepi pantai juga ada dipaparkan jadual pesawat mendarat dan terdapat bar dan restoran di tepi pantai yg memasang pembesar suara untuk menyiarkan radio percakapan antara juruterbang dan menara kawalan.







Koleksi Robot Mesin Dari Lego Ciptaan Arthur Sacek



Arthur Sacek dari Brazil merupakan seorang yg hebat dalam pembinaan mesin robotik menggunakan Lego. Beliau bermula dengan industri menghasilkan produk ini semasa membantu bapanya membuat permainan yo-yo kerana tiada pengilang di Brazil. Di sekolah juga beliau bermula bermain dengan Lego robot kerana terdapat Lego robotic labs di sekolah beliau. Dibawah adalah contoh koleksi Robot Lego beliau.







15 May 2013

Seni Gambar Keratan Rentas Makanan Oleh Beth Galton



Beth Galton adalah seorang jurugambar dari New York yg gemar mengambil gambar makanan dan benda hidup. Dibawah adalah salah satu hasil seni beliau yg bertajuk Cut Food iaitu gambar keratan rentas makanan harian. Makanan yg berkuah diambil dengan teknik seperti menggunakan gelatin. Anda boleh melihat keseluruhan koleksi beliau di websitenya di source link dibawah.