Memaparkan catatan dengan label technology. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label technology. Papar semua catatan

10 Disember 2013

Cetakan Menggunakan Air

Water transfer painting atau Hydrographic merupakan satu teknologi yg tidaklah nak dikatakan baru tetapi kini ia menjadi satu trend baru kerana kelengkapan yg mudah, proses yg cepat dan mempunyai pelbagai corak. Bahan yg hendak di corakkan akan di cat dengan warna asas dahulu. Kemudian lapisan polyvinyl alcohol yg telah dicetak corak yg diingini dilampirkan pada permukaan air. Bahan kimia pengaktif kemudian disemburkan pada lapisan tadi untuk mengaktifkan pelekatnya. Kemudian bahan yg hendak dicetak akan direndamkan kedalam corak tadi perlahan². Proses ini boleh dilakukan berkali² untuk mendapatkan hasil yg berlapis². Lihat proses mencetak melalui video dibawah sekali.


20 November 2013

Teknologi Pembahagi Jalan Untuk Mengurangkan Kesesakan

Di negara luar sudah menggunakan teknologi pembahagi jalan yg boleh dialihkan untuk menambah laluan tambahan. Aku rasa teknologi ni dah boleh start guna pakai dekat negara kita terutamanya waktu pergi dan balik kerja.



Source

18 November 2013

Yamaha Memperkenalkan Motosikal Elektrik PES1

Semasa di pertunjukan Tokyo Motor Show, Yamaha telah memperkenalkan beberapa buah motosikal prototaip dan salah satu daripadanya mendapat perhatian ramai pengunjung. Yamaha PES1 adalah sebuah motosikal elektrik yg ringan iaitu dibawah 100 kilogram dan dikuasakan melalui DC Motor berteknologi Yamaha Smart Power Module. PES1 bermaksud Passion Electric vehicle Street sport menggunakan frame jenis monocoque dan menggunakan bateri yg boleh ditukar ganti dengan mudah. Dibawah adalah gambar motosikal Yamaha PES1 dan selebihnya adalah motosikal yg juga diperkenalkan oleh Yamaha di Tokyo Motor Show.

18 Jun 2013

Perbezaan Spesifikasi Diantara Xbox One Dan PlayStation 4


Xbox One dan PlayStation 4 baru sahaja dilancarkan. Untuk mereka yg berkira² untuk membeli konsol ini boleh lihat perbezaan spesifikasi diantara kedua² konsol ini sebelum membuat pilihan. Pilih dengan bijak.

07 Jun 2013

GTar Memudahkan Anda Belaajar Bermain Gitar

GTar adalah sebuah gitar elektrik dan aplikasi iPhone yg dicipta khas untuk mereka yg nak belajar main gitar. Aplikasi ini mempunyai pelbagai seleksi lagu dengan 3 tahap kesusahan. Lampu LED pada neck gitar juga akan menyala untuk pelajar mengikut pergerakan dan membiasakan jari pelajar. GTar dijual dengan harga US$449 untuk gitar dan aplikasinya. Check out video dibawah untuk melihat bagaimana GTar ini berfungsi.


Source

03 Jun 2013

Teknologi Lampu Hadapan LED Kereta BMW Yang Cukup Canggih


Teknologi dari BMW ini dinamakan Adaptive Headlight dan juga High-beam Assistant menggunakan lampu Xenon. Teknologi ini sudah mula diperkenalkan pada kesemua model kereta BMW 3 Series Saloon dan Touring dan dikenali sebagai Visibility Package. Adaptive Headlight ialah dimana lampu hadapan itu sentiasa dihalakan kearah jalanraya manakala High-beam Assistant pula adalah teknologi menggunakan High-beam tanpa menyilaukan mata kereta lain. Untuk lebih memahami apakah teknologi ini, mari lihat video dibawah.

23 Mei 2013

Dora : Topi Berbasikal Berteknologi Tinggi Oleh Balázs Filczer

Nowadays, banyak berlaku kemalangan melibatkan penunggang basikal. Ini kerana pemandu jalanraya tidak nampak penunggang basikal dan sikap pemandu yg tidak mempedulikan keselamatan penunggang basikal. Topi basikal yg dinamakan Dora ini boleh membantu penunggang basikal supaya lebih kelihatan terutamanya di waktu malam. Dora helmet ini direka oleh Balázs Filczer yg menggabungkan helmet, lampu depan, lampu belakang dan signal arah dalam satu komponen. Rekaan beliau ini memenangi anugerah IBDC 2013 dalam kategori pakaian dan aksesori.


Source

16 Mei 2013

Koleksi Robot Mesin Dari Lego Ciptaan Arthur Sacek

Arthur Sacek dari Brazil merupakan seorang yg hebat dalam pembinaan mesin robotik menggunakan Lego. Beliau bermula dengan industri menghasilkan produk ini semasa membantu bapanya membuat permainan yo-yo kerana tiada pengilang di Brazil. Di sekolah juga beliau bermula bermain dengan Lego robot kerana terdapat Lego robotic labs di sekolah beliau. Dibawah adalah contoh koleksi Robot Lego beliau.

14 Mei 2013

Gambar-Gambar Perubahan Muka Bumi Selama 28 Tahun

Google dengan kerjasama Satelit Landsat telah menghasilkan gambar² berikut yg menunjukkan perubahan bumi selama 28 tahun iaitu sejak 1984 hingga 2012. Selain dari gambar dibawah, anda juga boleh melihat perubahan di tempat lain. Sila lihat website khas oleh google ini [link]. Anda boleh lihat perubahan Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur.

10 Mei 2013

Spring Pada Roda Basikal Dengan Loopwheels


Loopwheels adalah sejenis roda basikal yg mengintegrasikan spring pada roda. Ia dicipta oleh Sam Pearce untuk memberi suspensi diantara hub dan rim roda basikal. Ini adalah untuk memberi perjalanan yg lebih smooth di jalan yg tidak rata dan berlubang. Ia masih diperingkat prototype.


Source

22 April 2013

ÖKO Filter Yang Mampu Membuat Air Coke Menjadi Jernih

ÖKO bermaksud eco dalam bahasa Swiss Germany. Mereka adalah pembuat penapis air yg sungguh hebat. Lihat saja video dibawah.


Source

11 Mac 2013

Projek Sekolah Terapung Makoko Di Nigeria

Makoko Floating School adalah sebuah projek yg sedang berjalan di Makoko, Lagos, Nigeria. Kelas terapung setinggi 3 tingkat ini berbentuk prisma dan terapung diatas air menggunakan 256 tong drum dari plastik. Rangkanya pula diperbuat menggunakan kayu dari kawasan sekitar dan kuasa elektrik adalah dari tenaga solar.

29 Januari 2013

Invapah Solar: Ladang Tenaga Solar Terbesar Di Amerika

Gambar² ini diambil oleh Jamey Stillings. Ia adalah Ivanpah Solar Thermal Plant  yg terletak di Gurun Mojave. Ia merupakan ladang tenaga solar yg terbesar di Amerika dan mampu menghasilkan tenaga sejumlah 392 megawatt. Ia menggunakan lebih dari 170,000 keping cermin yg memantulkan cahaya matahari ke sebuah menara dandang di tengah². Projek ini menelan belanja sebanyak 2.2 billion dollar Amerika.