Memaparkan catatan dengan label record. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label record. Papar semua catatan

16 Oktober 2013

Motosikal Chopper Terbesar Di Dunia

Ini bukanlah Motosikal Chopper yg dibina oleh Orange County Chopper tetapi motosikal ini dibina oleh Fabio Reggiani dan 8 orang rakan beliau untuk menempatkan nama mereka kedalam rekod Guinness. Motosikal chopper ini terlalu besar sehingga mustahil untuk sesiapa memandunya secara normal hatta king kong sekali pun. Motosikal ini hanya boleh dipandu dengan menggunakan kawalan joystick yg dipasang pada tempat duduknya. Panjang chopper ini mencecah 10 meter dengan ketinggian 5.1 meter. Motosikal ini menggunakan enjin 5.7L V8 dan mengambil masa selama 7 bulan untuk disiapkan.

18 September 2013

Mural Terbesar Di Dunia

Sebuah syarikat dari Perancis, CitéCréation telah menghasilkan lukisan mural pada sebuah kawasan apartment di Berlin yg bersaiz 236,800 sq-ft. Lukisan mereka menampilkan gambar alam semula jadi yg diinspirasikan dari zoo yg berdekatan kawasan apartment itu. CitéCréation telah menghantar permohonan untuk dianugerahkan sebagai mural terbesar di dunia yg dipegang oleh Pueblo Levee Mural Project yg bersaiz 178,200 sq-ft.

12 September 2013

Guinness World Record 2014 : Kereta Terkecil Di Dunia


Kereta ini mengikut syarat jalanraya dan terkecil di dunia. Ia hanya sebesar 63.5cm tinggi, 65.41cm lebar dan 126.47cm panjang. Dibina oleh Austin Coulson dari USA. Kereta ini diberi kebenaran untuk dipandu kerana mematuhi syarat kenderaan jalanraya.

21 Ogos 2013

VolksWagen Melancarkan Model Kombi Edisi Terakhir Sebelum Menamatkan Pengeluaran

VolksWagen Kombi merupakan model kereta paling lama dalam sejarah automotif dan akhirnya ia akan di hentikan pengeluarannya setelah 56 tahun. Model ini mula diperkenalkan pada September 1957 dan sempena pengakhiran ini, pihak VolksWagen Brazil akan mengeluarkan edisi khas model ini. Edisi ini hanya akan dijual di Brazil dengan harga US$ 35,637 dan didatangkan dengan sijil keaslian dari VW dan juga plak nombor siri. Hanya 600 unit akan dikeluarkan untuk model terakhir ini.

I want it so badlyyyyyyyyyyyyyyyyyy.

15 Ogos 2013

Rambut Afro Terbesar Di Dunia

Rambut afro Aevin Dugas, 37, dari Napoleanville, Louisiana telah mencatat rekod Guinness sebagai rambut terbesar di dunia dengan 132cm ukur lilit.

02 Ogos 2013

Dettifoss : Air Terjun Paling Kuat Di Eropah

Dettifoss adalah merupakan the most powerful waterfall di Eropah. Ia terletak di Vatnajökull National Park, timur laut Iceland. Ketinggian jatuhan air adalah 45 meter dan waterfall ini selebar 100 meter. Ia merupakan air terjun dengan kapasiti pergerakan air yg paling tinggi di Europe iaitu 193 meter padu dalam masa satu saat.


Source

12 Jun 2013

Misai Terpanjang Di Dunia Sepanjang 4 Meter

Ram Singh Chauhan mula menyimpan misainya sejak 1970 dan tidak pernah memotongnya sejak itu. Hari ini ia telah menjalar sehingga 4.3 meter dan ia adalah pemegang rekod Guinness bagi kategori misai terpanjang di dunia. Ram Singh berkata hanya satu sahaja rahsia untuk menyimpan misai yg panjang iaitu bermula dari awal. Semakin tua kadar pertumbuhan misai akan berkurangan jadi lebih bagus jika disimpan semuda yg boleh. Seems legit.


Source

10 Jun 2013

Pertandingan Mengetam Kayu Paling Nipis Di Jepun

Setiap tahun, ada satu pertandingan unik berlangsung di Jepun iaitu pertandingan mengetam kayu paling nipis. Acara ini diadakan setiap tahun semasa pesta Kezuroukai. Setiap peserta diberi peluang mengetam sebanyak 3 kali dan hasil ketaman yg paling nipis adalah pemenangnya. Mereka mengetam hanya menggunakan teknik dan alatan tradisional. Tahap power dorg ni boleh sampai ke tahap nipis 9 micron. FYI, rambut manusia adalah 100 micron. Dan yg lebih mengkagumkan, rekod dunia mengetam kayu adalah 3 micron..!! Itu adalah lebih nipis dari sel darah.


Source

04 Jun 2013

Base Jump Tertinggi Dari Gunung Everest


Hampir 60 tahun selepas org pertama sampai ke puncak Gunung Everest, seorang peminat sukan extreme, Valery Rozov berumur 48 dari Russia telah melakukan aksi Base Jump tertinggi di dunia iaitu setinggi 7220 meter dari paras laut. Beliau mengambil masa 4 hari untuk mendaki sehingga ke puncak walaupun keadaan cuaca yg extreme dengan suhu -15 darjah Celcius. Saksikan video terjunan beliau dibawah.

Peña de Bernal : Batu Tertinggi Di Dunia

Hasil pergerakan kerak bumi sejak 8.5 million tahun dulu, 2 tectonic plate ini bertembung dan satu plat mencanak naik ke atas. Hasilnya adalah Peña de Bernal. Kini ia telah diiktiraf sebagai seketul batu tertinggi di dunia iaitu 433 meter.

12 April 2013

Allure Of The Seas : Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia

Allure Of The Seas merupakan sebuah kapal persiaran terbesar di dunia. Ianya sepanjang 360 meter, 66 meter lebar, 65 meter tinggi dari permukaan air, dan seberat 100,000 metric tons. Ia mampu bergerak selaju 22 knot dengan 4 bow thruster yg berkuasa 7,500 hp setiap satu.


Source

03 April 2013

Enjin Diesel Paling Power Di Dunia

Ini adalah RT-flex96C; sebuah enjin diesel 2 lejang yg direka oleh syarikat dari Finland, Wärtsilä. Enjin sebesar 13.5 meter tinggi 26.59 meter panjang ini adalah enjin diesel paling berkuasa di dunia. Dengan seberat 2.3 juta kilogram, enjin 14 silinder ini berkuasa 80,080 kWatt.

14 Mac 2013

Tatyana Kozhevnikova Dengan Otot Vagina Terkuat Di Dunia. WTF?


Kahhhhhhhhhh. Tatyana Kozhevnikova merupakan seorang ahli gimnastik dari Russia. Sejak melahirkan anak, beliau merasakan otot dibahagian peranakan beliau semakin lemah. Lalu beliau melakukan research untuk memulihkan kembali otot beliau dan menjumpai teknik kuno ajaran Dao. Ia menggunakan sebiji kayu berbentuk telur yg dimasukkan kedalam bahagian peranakannya. Detailnya aku tak tau, Hahaha. Setelah training bertahun², akhirnya beliau berjaya memulihkan ototnya bahkan lebih dari itu. Beliau boleh mengangkat berat menggunakan otot vaginanya dengan berat 14 kilogram..!! Perghhhhh salah guna pakai boleh patah beb. Ada sesapa berani rogol dia ni? Hahahaha.


Source