Memaparkan catatan dengan label crime. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label crime. Papar semua catatan

31 Disember 2013

Hati-Hati Menggunakan Mesin ATM


Video ni bukan di Malaysia tapi sapa tau boleh jadi kat Malaysia pun ada. Jadi berhati² lah semasa hendak menggunakan mesin ATM.

10 Disember 2013

Pertandingan Ratu Cantik Antara Penjara-Penjara

Di Russia, 11 calon telah dipilih diantara 1220 banduan di 10 penjara untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik. Banduan² ini merupakan pesalah bagi pelbagai kesalahan seperti mengedar dadah, membunuh dan merompak tetapi pada satu hari sahaja, mereka dibenarkan berhias dan menikmati perasaan menjadi wanita dan bukan banduan. Bagus idea ni. Walaupun mereka pernah buat salah dalam kehidupan mereka, but they are still humans.

18 September 2013

Mari Melawat Muzium Kartel Dadah Di Mexico

Muzium kartel dadah di Mexico.

Wanita Kantoi Seludup Kokain Menggunakan Kandungan Palsu

Seorang wanita Kanada, Tabitha Leah Ritchiem telah ditahan kerana cuba menyeludup kokain seberat 2kg keluar dari negara Colombia dengan menyorok kokain itu didalam perut mengandung palsu. WTF..!!

09 Julai 2013

Negara Pengeluar Dadah Heroin Terbesar Di Dunia

Tahukah anda Afghanistan merupakan pengeluar dadah jenis Heroin terbesar di dunia? Heroin di sana hanya berharga RM3.21 per gram. Kanak² mula menghisap heroin sejak berumur 6 tahun.

05 Jun 2013

Dua Kumpulan Gangster Terbesar Meraikan Hari Tanpa Pembunuhan

2 kumpulan gangster terbesar dan sangat terkenal di El Salvador iaitu Mara Salvatrucha (MS-13) dan 18th Street Gang telah meraikan hari tanpa pembunuhan. President Mauricio Funes berkata "We saw not one homicide in the country,".  Untuk pengetahuan, El Salvador mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di dunia iaitu 15 pembunuhan sehari. Kedua² kumpulan gangster ini telah bertahun² menjadi musuh sesama sendiri. Dibawah adalah gambar² ahli kedua² kumpulan gangster ini.

02 April 2013

Berhati-hati Membeli Power Bank Cap Ayam

Skang ni bersepah² powerbank dijual. Masing² tak cukup bateri. Macam² jenama ada. Dari yg mahal sampai la yg cap ayam. Kalau nak beli yg cap ayam tu, berhati² lah. Jangan jadi mcm dalam gambar bawah ni.


Source

22 Mac 2013

One Photo A Day In The Worst Year Of My Life


Actually ini bukanlah kisah benar. Tapi hanya sebuah iklan untuk menentang keganasan terhadap wanita di Crotia. Kesemua lebam² dan luka adalah hasil makeup. Anyway ia membuka mata kita untuk menentang keganasan.

14 Mac 2013

Mari Lihat Keadaan Di Dalam Penjara Guantanamo Bay

Ini bukan mcm movie Harold & Kumar: Escape From Guantanamo Bay yer. Ini betul² punya. Penjara Guantanamo Bay adalah penjara kepunyaan Amerika yg terletak di Cuba. Ia mula dibuka pada tahun 2002 oleh kerajaan Bush untuk menempatkan tahanan perang global termasuk Afghanistan dan Iraq. Ia mempunyai 3 camp iaitu Camp Delta, Camp Iguana, dan Camp X-Ray (telah ditutup). Mari lihat keadaan didalamnya. Keadaan sebenar mungkin tidak diketahui dan keadaan seperti dalam gambar² ini mungkin dicantikkan oleh Amerika kerana gambar² ini tersebar meluas di internet.

27 Februari 2013

31 Januari 2013

Video Cubaan Membunuh Ahmed Dogan


Ahmed Dogan merupakan seorang ahli politik di Bulgaria. Pada 19 Januari 2013 yg lalu, semasa berucap di kongres di atas pentas, seorang lelaki meluru naik ke pentas dan mengacukan pistol kearah kepala beliau. Namun nasib menyebelahi beliau kerana pistol itu tidak berfungsi. Setelah diselidik, didapati pistol tersebut adalah pistol tekanan gas dengan kelonsong yg kosong. Lihat video dibawah. Hasil siasatan, pembunuh tersebut adalah Oktai Enimehmedov yg pernah ditangkap kerana penggunaan dadah, merompak, dan hooligan.

17 Januari 2013

Almari Yang Buruk Jangan Disangka Tiada Ganja

Pihak polis di UK terkejut apabila menemui sebuah bilik rahsia melalui kabinet buruk di sebuah garaj rumah.