Memaparkan catatan dengan label tourism. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tourism. Papar semua catatan

13 Januari 2014

Ratusan Ribu Ular Di Sarang Ular Narcisse

Narcisse Snake Dens (Sarang Ular Narcisse) terletak 6 km dari Narcisse yg terletak didalam daerah Manitoba, Kanada. Sarang ular ini merupakan sarang terbesar di dunia untuk spesis ular Red-sided Garter. Di hujung April sehingga awal bulan Mei, ular² ini akan merayap di permukaan tanah untuk musim persenyawaan. Dianggarkan 50 ekor ular jantan akan mengerumuni seekor ular betina untuk persenyawaan. Hardcore gang bang. Pelancong boleh melihat sarang ular ini secara dekat dengan adanya platform yg dibina bersebelahan sarang ular ini. Kepada mereka yg melancong ke Kanada boleh lah melawat sarang ular ini. Aku tak pernah tengok ular sebanyak ni.

28 November 2013

Gelongsor Air Tertinggi Di Dunia Bakal Siap Di Kansas City

The Schlitterbahn Waterpark yg terletak di Kansas City sedang membina gelongsor air (water slide) yg tertinggi di dunia. Water slide ini setinggi 42.672 meter dan akan diberi nama Verrükt MEG-A-BLASTER. Water slide ini direka oleh Jeff Henry yg juga merupakan salah seorang dari owner taman tema tersebut. Water slide ini akan siap sepenuhnya dan dibuka kepada org ramai bermula tahun 2014. If you guys got balls, boleh try terjun.


Source

24 Oktober 2013

Taman Bawah Air Di Austria

Grüner See atau Green Lake merupakan sebuah tasik yg terletak di Styra, Austria. Ia dikenali dengan taman bawah air yg sangat cantik terutamanya selepas musim sejuk. Tarikan utama para diver adalah taman bawah air yg dilengkapi kerusi, jambatan dan pelbagai tumbuhan. Jurufoto dan penyelam Marc Henauer telah berpeluang mengambil gambar² cantik dibawah. Tonton sekali video yg menunjukkan kecantikan Grüner See ini.

03 September 2013

Mandalay Beach Villa Di Koh Samui, Thailand

Mandalay Beach Villa terletak di Koh Samui, Thailand. Resort ini menawarkan 7 pool villa dihadapan laut yg sangat ekslusif serta privasi. Resort ini terletak di Pantai Laem Noi yg menawarkan pemandangan cantik serta pantai yg putih. Bagi yg berkemampuan boleh lah cuba menginap di Mandalay Beach Villa ini.

21 Ogos 2013

Hotel Mewah Yang Bakal Dibina Bersebelahan Air Terjun

Songjiang Hotel bakal dibina di Shanghai, China. Hotel ini direka oleh sebuah syarikat bernama Atkins dan kan dibina bersebelahan dengan sebuah air terjun.


Source

Operasi Membersihkan Pasir Di Empangan Xiaolangdi

Setiap tahun, di Empangan Xiaolangdi, China akan diadakan operasi membersihkan pasir. Ini bertujuan untuk membuang pasir yg bertimbun di dasar sungai yg akan menyebabkan pergerakan air menjadi perlahan dan peningkatan paras air. Operasi ini menjadi tarikan pelancong kerana kecantikan kederasan air yg dilepaskan.

20 Ogos 2013

Kapal Persiaran Di Atas Bukit Merupakan Sebuah Hotel

Di atas sebuah bukit di Jeongdongjin, South Korea, terdapat sebuah kapal persiaran yg dijadikan hotel. Sun Cruise Resort & Yacht merupakan sebuah hotel kapal di darat yg pertama di dunia. Hotel ini berukuran 165 meter panjang dan 45 meter tinggi dan seberat 30,000 tan. Hotel ini mempunyai 211 bilik yg pelbagai dan bermacam fasilitis lain.

Jambatan Seven Mile Di Florida

Seven Mile Bridge merupakan sebuah jambatan yg ikonik yg terletak di Florida. Jambatan yg siap dibina pada tahun 1982 ini merupakan jambatan dengan konkrit bersambung terpanjang di dunia. Terdapat 2 jambatan di tempat yg sama iaitu jambatan lama yg dibina pada 1909-1912 dan jambatan baru yg dibina pada 1978-1982. Pada sesiapa yg melancong ke Florida, pastikan anda melawat jambatan ini.