Memaparkan catatan dengan label concept. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label concept. Papar semua catatan

26 November 2013

Volkswagen Golf GTI Unik Dengan Harga RM17.7 Juta

Volkswagen Golf GTI ini adalah hasil rekaan jurutera dari Volkswagen sendiri dan ia sangat berkuasa. Golf ini mempunyai 500 bhp dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/h dengan hanya 3.9 saat. Oleh kerana itu, kereta ini menelan belanja sebanyak RM17.7 juta (£3.4 million) untuk disiapkan. Kereta ini mempunyai kelajuan maksima sebanyak 300km/h dan meletakkannya diantara kereta terlaju didunia. Dengan harga sebanyak ini, ia merupakan 125 kali ganda daripada harga Golf GTI biasa. Klaus Bischoff, ketua engineer yg mencipta supercar ini berkata pihak Volkswagen tidak bercadang untuk memasarkan model ini tetapi generasi Golf selepas ini akan menjadikan kereta ini sebagai inspirasi.

19 Jun 2013

Go Kart Boleh Lipat Oleh Beau Reid Yang Menyerupai Kereta F1

GoKart rekaan Beau Reid ini diperbuat sepenuhnya menggunakan carbon fiber dan hanya seberat 30kg. Ianya boleh dilipat untuk memudahkan dibawa kemana² dan menggunakan motor elektrik sebagai sumber kuasa yg mampu membawa penumpang ke kelajuan maksimum hampir 100 km/j. Rekaannya juga menyerupai kereta F1.


Source

23 Mei 2013

Dora : Topi Berbasikal Berteknologi Tinggi Oleh Balázs Filczer

Nowadays, banyak berlaku kemalangan melibatkan penunggang basikal. Ini kerana pemandu jalanraya tidak nampak penunggang basikal dan sikap pemandu yg tidak mempedulikan keselamatan penunggang basikal. Topi basikal yg dinamakan Dora ini boleh membantu penunggang basikal supaya lebih kelihatan terutamanya di waktu malam. Dora helmet ini direka oleh Balázs Filczer yg menggabungkan helmet, lampu depan, lampu belakang dan signal arah dalam satu komponen. Rekaan beliau ini memenangi anugerah IBDC 2013 dalam kategori pakaian dan aksesori.


Source

15 Mei 2013

Renault Twizy Sport F1 Concept

Ini adalah kereta konsep terbaru dari Renault. Ia dinamakan Renault Twizy Sport F1 dimana kereta ini menggabungkan teknologi kereta Formula 1 dan teknologi kereta elektrik. Kereta ini hanya boleh membawa seorang penumpang dan direka dengan aerodynamic yg mengurangkan drag. Bagaimanapun, kereta ini masih lagi di peringkat konsep dan tidak dijual kepada org ramai.


Source

09 April 2013

Isolee House: Rumah Kos Rendah 3 Tingkat Masa Hadapan

Isolee House ini direka oleh Frank Tjepkema dan Agustina Cociffi. Smart house 3 tingkat ini direka untuk mereka yg hidup sederhana kerana rumah ini menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasanya. Ruang didalam rumah juga terhad kepada keperluan asas sahaja dan kebanyakkan bahagian pada rumah juga menggunakan kayu.

16 Januari 2013

Microsoft Memperkenalkan Konsep Bilik Gaming IllumiRoom


Microsoft telah mengeluarkan video konsep Microsoft IllumiRoom yg menggunakan teknologi projection yg memberikan pengguna pengalaman bermain permainan video yg lebih mengancam. Projector akan memancarkan elemen² permainan video supaya nampak lebih luas dan besar.


Source

09 Januari 2013

Ferrari Xezri Competizione Edition

Pada 2011, Samir Sadikhov telah mendapat tempat kedua didalam pertandingan Ferrari World Design Contest dengan menghasilkan konsep Ferrari Xezri. Kini beliau tampil lagi dengan konsep terbaru iaitu Xerzi Competizione Edition yg sungguh badass. Hopefully Ferrari mengambil idea beliau ini dan menjadikan kereta ini satu realiti.

08 Januari 2013

Konsep Pulau Diatas Kapal

Jika anda inginkan sebuah pulau private dan mahukan pulau yg boleh berubah tempat, kapal ini munkin jawapannya. Kapal konsep ini mempunyai 6 bilik tidur yg disusun diatas kawasan seluas 1000 sq-meter. Ianya dijual dengan harga US$ 6.5 million. Ianya adalah hasil rekaan Gabor Orsos dari Hungary dan dinamakan Orsos Island.


Source

28 November 2012

Perabot Modular Oleh Tetran

Tetran Modular Furniture memberi peluang kepada pelanggan untuk membina atau mengubah perabot mereka menjadi perabot modular yg mempunyai banyak ruang simpanan. Ini amat berguna untuk rumah yg bersaiz agak kecil.