Memaparkan catatan dengan label arts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label arts. Papar semua catatan

30 Disember 2013

Seni Yang Boleh Dibuat Menggunakan Pita Pelekat


Pernahkah anda terfikir kegunaan lain pita pelekat ni? Seorang artis seni dari Ukraine, mempunyai idea untuk menggunakan pita pelekat ini sebagai alat seni. Mark Khaisman akan melekatkan pita ini pada cermin secara berlapis² dan apabila dipasangkan lampu akan menghasilkan bayang². Kebanyakan hasil seni beliau bermotifkan potret.

10 Disember 2013

Cetakan Menggunakan Air

Water transfer painting atau Hydrographic merupakan satu teknologi yg tidaklah nak dikatakan baru tetapi kini ia menjadi satu trend baru kerana kelengkapan yg mudah, proses yg cepat dan mempunyai pelbagai corak. Bahan yg hendak di corakkan akan di cat dengan warna asas dahulu. Kemudian lapisan polyvinyl alcohol yg telah dicetak corak yg diingini dilampirkan pada permukaan air. Bahan kimia pengaktif kemudian disemburkan pada lapisan tadi untuk mengaktifkan pelekatnya. Kemudian bahan yg hendak dicetak akan direndamkan kedalam corak tadi perlahan². Proses ini boleh dilakukan berkali² untuk mendapatkan hasil yg berlapis². Lihat proses mencetak melalui video dibawah sekali.


18 November 2013

Seni Lilitan Dawai Oleh Seung Mo Park

Artis seni dari Korea, Seung Mo Park telah menghasilkan sebuah lagi karya yg mengkagumkan. Karya terbarunya adalah seni lilitan dawai yg membentuk manusia yg dililit menggunakan dawai aluminum halus. Beliau menggunakan fibreglass yg berbentuk manusia sebagai teras untuk lilitan dawai beliau. Yang mengkagumkan adalah kehalusan seni dalam membentuk bentuk yg sangat rumit.

25 Oktober 2013

Siri Fotografi Dengan Haiwan Tersembunyi

Siri gambar² photography ini dihasilkan oleh Art Wolfe yg bertajuk "Vanishing Act: Camouflage in Nature". Bolehkah anda mengesan haiwan² yg terdapat didalam gambar dibawah?

22 Oktober 2013

Periuk Api Laut Diubah Menjadi Perabot

Semasa perang dunia ke 2, periuk api dalam laut digunakan oleh pihak German dan Russia di Laut Baltic dan Teluk Finland. Mati Karmin dari Estonia merupakan seorang artis seni dan mengubah periuk api ini menjadi pelbagai jenis perabot seperti ruang membakar kayu api sehingga lampu lampi. Anda boleh cekidaut website beliau untuk lebih banyak hasil kerja beliau.

18 September 2013

Mural Terbesar Di Dunia

Sebuah syarikat dari Perancis, CitéCréation telah menghasilkan lukisan mural pada sebuah kawasan apartment di Berlin yg bersaiz 236,800 sq-ft. Lukisan mereka menampilkan gambar alam semula jadi yg diinspirasikan dari zoo yg berdekatan kawasan apartment itu. CitéCréation telah menghantar permohonan untuk dianugerahkan sebagai mural terbesar di dunia yg dipegang oleh Pueblo Levee Mural Project yg bersaiz 178,200 sq-ft.

13 September 2013

15 Ogos 2013

Gambar Nature Tipu Oleh Matthew Albanese

Matthew Albanese menghasilkan artwork nature menggunakan pelbagai bahan untuk meniru keadaan nature.

11 Julai 2013

Potret Titisan Cat Oleh Agnes Cecile

Hasil seni Agnes Cecile. Lihat video dibawah utk cara beliau hasilkan lukisan beliau.


Source

10 Julai 2013

Seni Kadbod Kertas Tisu Oleh Anastassia Elias

Seni ukiran pada kadbod kertas tisu oleh Anastassia Elias. Hasil kerja beliau ini dibuat sekitar 2009/2010 dulu dan kini ia dibukukan. Enjoyyy.