Memaparkan catatan dengan label health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label health. Papar semua catatan

11 Disember 2013

Tabiat Pelik Gadis Cantik Ini

Setiap orang ada perangai pelik yg susah untuk dikawal atau dihentikan. Begitu juga dengan gadis cantik bernama Rebecca Black Brown ini. Tabiat beliau adalah, semasa dalam keadaan tekanan Rebecca akan menarik² rambutnya atau dalam nama saintifiknya adalah Trichotillomania. Tabiat beliau ini sangat teruk sehingga beliau terpaksa mencukur rambutnya atau memakai rambut palsu untuk menutupi kawasan kepalanya yg botak. Alo lo lo kesiannyer meh abang hug meh.

26 November 2013

Harimau Putih Dengan Kecacatan Sindrom Down

Down Syndrome merupakan kecacatan genetik yg disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.  Jarang kita lihat kecacatan ini berlaku pada haiwan. Kenny merupakan seekor harimau putih yg mengalami kecacatan ini. Dengan berkurangnya jumlah harimau putih di dunia, para doktor haiwan cuba untuk membiakkan lebih banyak harimau putih. Namun kerana kurangnya harimau putih ini, susah untuk mendapatkan baka yg bagus dan Kenny adalah hasilnya. Kenny dilahirkan dengan keadaan yg mentally retarded, kurang kekuatan fizikal, dan merupakan harimau pertama dengan kecacatan Down Syndrome.


Source

15 Ogos 2013

Uji Keupayaan Pendengaran Telinga Anda


Adakah telinga anda masih berfungsi seperti sepatutnya mengikut umur? Mari lihat. Sila komen dibawah result anda. Wa cuma boleh dengar 8000 Hz. Pekak siaaaaaaaaaaaaaaaa.

09 Julai 2013

Bila Seorang Aneroxia Mengandung

Holly Griffiths merupakan seorang aneroxia sejak berumur 8 tahun. Semasa berumur 21 tahun, dia telah mengandung dan melahirkan anak pada minggu ke 37 dengan kaedah caesarean. Dia terlalu kurus sehinggakan bayi dalam kandungan patah tulang rusuknya semasa didalam perut.

10 Mei 2013

Keadaan Burger McDonald Setelah 14 Tahun

Pada tahun 1999, seorang lelaki, David Whipple telah membeli burger McDonald dan menyimpannya selama sebulan untuk menunjukkan kepada kawan²nya tentang kesan bahan pengawet. Namun beliau telah terlupa tentang burger itu dan menjumpainya kembali setelah 2 tahun berada dalam poket kotnya. Beliau terkejut kerana keadaan burger itu tidak berubah. Beliau mengambil keputusan untuk meneruskan eksperimennya untuk melihat selama mana burger itu boleh bertahan. Kini setelah 14 tahun, burger itu masih hampir daripada keadaan asal.


Source

09 Mei 2013

Informasi Tentang Virus Influenza


Selama ni aku ingat ada satu jenis jer. Rupanya ada banyak jenis. Klik gambar utk besarkan.


Source

30 April 2013

Antara Melahirkan Anak Dan Kena Sepak Dekat Telur, Yang Manakah Lebih Menyakitkan


Ada tersebar kat fb. Mcm berlawan² pulak antara 2 jantina yg mengatakan mereka laa yg rasa paling sakit. Ni video penjelasannya.

29 April 2013

23 April 2013

Mesin Senaman Untuk Menjadi Pelumba Formula 1

Technogym telah mengeluarkan satu alat senaman khas untuk pelumba F1 iaitu Technogym F1 Training Machine. Mesin senaman ini digunakan oleh pelumba seperti Fernando Alonso dan Felipe Massa untuk menguatkan otot mereka. Alat senaman ini meniru daya yg dialami oleh pemandu di lengan, bahu dan leher.


Source

19 April 2013

Rawatan Mengikis Mata Di China

Mengikut kata mereka yg menjalani rawatan mengikis mata ini, rawatan ini dikatakan untuk membersihkan mata supaya dapat melihat kecantikan dunia. Rawatan yg semakin pupus ini berlaku di negara China.


Source

09 April 2013

Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik Di Korea

Pembedahan plastik di Korea sangat berleluasa. Mereka semua mahu kelihatan k-pop. Berikut adalah hasil² pembedahan plastik disana.

03 April 2013

Pembedahan Memanjangkan Kaki Menjadi Trend Di Jepun

Kebanyakan wanita di Jepun mempunyai kaki yg pendek. Kini terdapat trend baru di sana dimana gadis² ini akan menjalani rawatan memanjangkan kaki selama 9 bulan. Rawatan ini dikatakan boleh memanjangkan kaki sehingga 8 sentimeter. Keseluruhan rawatan termasuk 2 pembedahan menelan belanja US$ 30,000.