Memaparkan catatan dengan label furniture. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label furniture. Papar semua catatan

24 Oktober 2013

Sofa Bloc’d Boleh Disesuaikan Mengikut Kehendak Anda

Designer Scott Jones telah mencipta sofa Bloc'd ini yg mana pengguna boleh mengubah kedudukan kusyen mengikut kesesuai dan kehendak pengguna. Anda boleh lawati website Scott Jones pada source link untuk melihat hasil ciptaan beliau yg lain.

27 Ogos 2013

Rumah Satu Bilik Termahal Di Dunia

Rumah satu bilik ini terletak di Tokyo dah berharga US$ 21.8 juta. Ia seluas 4,434 sqft dan perabotnya dibuat oleh Cecotti Collezioni. Dinding, lantai dan pintu menggunakan kayu dan batu yg diimport dari Italy dan rumah ini mempunyai pelbagai kemudahan.

16 Mei 2013

Lampu Chandelier Yang Menakutkan Hasil Rekaan Hilden & Diaz

Lampu spooky ini dihasilkan oleh Hilden & Diaz dan dinamakan Forms In Nature. Ia diilhamkan dari lukisan oleh Ernst Haeckel. Hasilnya adalah bilik yg kelihatan seperti dalam hutan yg menakutkan.


Source

19 Februari 2013

Meja Bulat Yang Boleh Dibesarkan Dengan Mudah


Meja ini dibuat oleh Fletcher Burwell-Taylor Ltd dan dinamakan Fletcher Capstan Table. Ianya berharga diantara US$ 50,000 hingga 70,000. Pehhh mahal giler harga dia.


Source

31 Januari 2013

Lagi Perabot Bilik Yang Menjimatkan Ruang

Set perabot Matroshka ini hanya seluas 13 kaki persegi. Ianya boleh di transform menjadi katil, meja makan, sofa dan pelbagai lagi kegunaan. Disamping itu ianya juga dipenuhi dengan ruang² penyimpanan barang. Ia juga lengkap dengan meja untuk bekerja atau menggunakan komputer. Lihat video dibawah sekali.


Source

14 Januari 2013

Rak Buku Unik Boleh Putar Oleh Sehoon Lee

Pertama kali pandang, rak buku ini nampak seperti rak buku biasa. Namun sebenarnya, rak buku ini boleh diputar untuk menjadi bentuk yg berbeza. Rak buku ini direka oleh Sehoon Lee dari Korea. Lihat video bawah sekali untuk melihat bagaimana ia berputar. Cunnn tak?


Source

04 Disember 2012

Meja Kopi Berbentuk Seperti Floppy Disk

Floppy table ini adalah idea designer dari Berlin iaitu Axel van Exel dan Marian Neulant. Ianya berbentuk menyerupai apa lagi kalau bukan cakera liut atau dalam bahasa omputihnya floppy disk. Kepada budak² yg tak tau apa itu cakera liut, ia adalah seperti pendrive tetapi dengan kapasiti yg jauh lebih kecil. Yg bestnyer, meja ini dilengkapi dengan ruang untuk menyimpan remote tv.


Source

28 November 2012

Perabot Modular Oleh Tetran

Tetran Modular Furniture memberi peluang kepada pelanggan untuk membina atau mengubah perabot mereka menjadi perabot modular yg mempunyai banyak ruang simpanan. Ini amat berguna untuk rumah yg bersaiz agak kecil.

17 Julai 2012

Set Bilik Tidur Menjimatkan Ruang Untuk Anak Anda

Kesemua rekaan perabot dibawah adalah daripada Tumidel Spa dari Italy. Amat sesuai untuk rumah yg kecil dan sempit. Tetapi tidak sesuai untuk anak² yg buas dan suka melompat² dan bergayut melainkan anda seekor monyet.