Jacek Mazur, 48, merupakan seorang mekanik amatur dan telah membina sendiri sebuah supercar McLaren F1. Beliau mengambil masa selama 8 tahun dan telah menghabiskan belanja sebanyak US$ 33,000 untuk menyiapkan kereta ini. Kereta ini mampu meluncur pada kelajuan maksimum 322 km/j dan memecut sepantas 6 saat dari 0 ke 100 km/j. Kereta ini menggunakan enjin Audi dan kesemua barang lain diambil dari Mercedes. Lihat video interview beliau dibawah sekali.
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
13 Januari 2014
10 Januari 2014
Lelaki Ini Tidak Pernah Mandi Selama 60 Tahun..!!
Dahulu aku pernah post pasal seorang lelaki dari India yg tidak pernah mandi selama 38 tahun. Kali ini lagi dasyat. Seorang lelaki dari Iran, Amoo Hadji yg berumur 80 tahun tidak pernah mandi sejak 60 tahun yg lepas..!! Beliau tidak mempunyai alasan kukuh seperti penyakit atau alahan untuk tidak mandi. Beliau memang taknak mandi. Oleh kerana tidak mandi selama berpuluh tahun, keadaan beliau sangat teruk seperti makhluk didalam cerita Lord of The Rings.
31 Disember 2013
Carlos Santana Dipertemukan Semula Dengan Pemain Dram Asal Yang Merupakan Seorang Homeless
Marcus "The Magnificent" Malone merupakan pemain dram asal Santana sekitar tahun 1967. Selepas keluar dari Santana, nasib Marcus tidak diketahui oleh Santana sendiri. Baru² ini seorang wartawan, Stanley Roberts telah terjumpa Marcus dalam keadaan homeless atau tidak mempunyai rumah. Wartawan itu telah mengaturkan untuk mempertemukan Marcus dengan Santana sendiri yg telah lebih 40 tahun tidak berjumpa. Video dibawah adalah saat ketika mereka dipertemukan. Dan pada 2 Febuari 2013 lalu, Santana telah mengumumkan untuk mengumpulkan semula ahli asal Santana (termasuk Marcus).
Source
10 Disember 2013
Pertandingan Ratu Cantik Antara Penjara-Penjara
Di Russia, 11 calon telah dipilih diantara 1220 banduan di 10 penjara untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik. Banduan² ini merupakan pesalah bagi pelbagai kesalahan seperti mengedar dadah, membunuh dan merompak tetapi pada satu hari sahaja, mereka dibenarkan berhias dan menikmati perasaan menjadi wanita dan bukan banduan. Bagus idea ni. Walaupun mereka pernah buat salah dalam kehidupan mereka, but they are still humans.
05 Disember 2013
Bilik Kebal Bank Dipenuhi 8 Juta Syiling 5 Sen Untuk Dijual
Bilik Kebal Schweizer Volksbank yg terletak di Basel, Switzerland ini adalah untuk dijual. Bilik ini dilengkapi peti besi simpanan dan jugak 8 juta syiling 5 sen Swiss. Keseluruhan berat syiling ini adalah 5 tan. Berikut petikan daripada penjual. "This is the original bank safe from the former "Schweizer Volksbank" and known to be one of the finest Swiss piece of craftwork in the early 20th Century. It is in very good shape and still usable as a bank deposit safe. It will be removed from it's original location and be replaced anywhere in the world. You'll freely decide what happens with it."
Source
23 Oktober 2013
Video Kejadian Pengebom Berani Mati Di Russia
Pengebom berani mati disyaki adalah seorang wanita dan meletupkan dirinya didalam sebuah bas di Volgograd, Russia. Kejadian ini dirakamkan oleh kamera kereta yg dipandu dibelakang bas tersebut. Seramai 6 orang mati disebabkan letupan itu dan 30 orang lagi telah cedera.
07 Oktober 2013
Video Bigfoot Melanggar Sekumpulan Manusia
Video kejadian bigfoot yg hilang kawalan melanggar sekumpulan penonton. Hahaha mesti korg ingat video bigfoot lain kan.
01 Oktober 2013
Hidung Di Dahi
Seorang lelaki 22 tahun dari China telah kehilangan hidungnya dalam kemalangan ngeri pada tahun lepas. Pakar bedah mendapat idea untuk menghasilkan hidung pada dahi lelaki tersebut. Kini pakar bedah mengatakan, hidung tersebut sudah siap dan sedia untuk dialihkan ke tempat sebenar dan pembedahan akan dilakukan tidak lama lagi.
Source
18 September 2013
Wanita Kantoi Seludup Kokain Menggunakan Kandungan Palsu
Seorang wanita Kanada, Tabitha Leah Ritchiem telah ditahan kerana cuba menyeludup kokain seberat 2kg keluar dari negara Colombia dengan menyorok kokain itu didalam perut mengandung palsu. WTF..!!
03 September 2013
Video Kejadian Batu Besar Nyaris Menghempap Kereta Dalam Kejadian Tanah Runtuh
Ada keluar dalam berita. Kejadian berlaku di sebuah jalan di Keelung, Taiwan utara. Pemandu dan penumpang kereta tersebut terselamat dari dihempap batu besar dan hanya mengalami kecederaan ringan.
29 Ogos 2013
Anak Dikurung Oleh Ibu Bapa Selama 30 Tahun
Dong Hai dari Fujian, China telah dikurung oleh ibu bapanya selama 30 tahun di dalam penjara yg dibuat sendiri. Dong Hai di kurung kerana menunjukkan tanda² penyakit mental sejak remaja. Ibu bapanya mencuci penjara dan memberi makan setiap hari. Malangnya, perbuatan mengurung anak sendiri tidak boleh dikenakan tindakan di negara tersebut.
26 Ogos 2013
16 Ogos 2013
Kesilapan Bangunan Ini Yang Dibina Tanpa Lif
Bangunan In Tempo di Spain mendapat perhatian media di US dan UK. Bangunan setinggi 47 tingkat ini menjadi bangunan tertinggi di EU cuma terdapat satu masalah iaitu mereka terlupa untuk menyediakan lif dari tingkat 21 hingga 47. Bangunan ini pada asalnya hanya setinggi 20 tingkat. Namun kerana permintaan yg tinggi, mereka menambah lagi 27 tingkat dan terlupa untuk menyertakan ruang untuk lif. Kesilapan ini hanya disedari pada Januari 2012 semasa bangunan ini hampir siap.
Source
Langgan:
Catatan (Atom)





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)























































