Memaparkan catatan dengan label smart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label smart. Papar semua catatan

08 November 2012

Lelaki Dengan Tangan Bionic Seperti Terminator

Nigel Ackland dari Britain kehilangan tangannya 6 tahun lalu dalam kemalangan di tempat kerja. Untuk memudahkan beliau melakukan kerja harian, beliau menggunakan tangan bionic yg direka oleh RSLSteeper yg dinamakan Bebionic3. Tangan bionic ini digerakkan menggunakan motor yg disambung kepada otot tangan beliau. Ia boleh melakukan 14 jenis grip yg membolehkannya menaip, memecahkan telur, membuka botol minuman, dan pelbagai lagi. Bebionic3 diperbuat daripada aluminum dan carbon fiber yg boleh menampung berat 45 kilogram.


Source

02 Ogos 2012

Apartmen Kecil Diilhamkan Dari Lego


Apartmen milik Christian Schallert di Barcelona ini hanya seluas 258 kaki persegi dan tidak muat jika beliau ingin meletakkan segala jenis perabot. Oleh itu beliau telah mereka design rumah ini supa segala perabotnya boleh disorokkan sekali gus menjimatkan ruang.


Source

10 April 2012

Melawat Muzium Seni Secara Virtual

This is awesome. If u are busy enough to go to museum, now u can watch all the arts virtually. Project ini dihasilkan oleh Google dan ia semakin berkembang dimana berpuluh² muzium serata dunia telah di virtual kan. Anda hanya perlu pergi ker laman web ini [link] dah pilih muzium yg anda ingin lawati. Klik pada museum view dan anda hanya perlu navigate seperti di google map. Enjoyyy. Video akhir sekali menunjukkan behind the scene project di White House.


White House museum view. [link]

22 Mac 2012

06 Mac 2012

Idea Bernas Penanda Buku Automatik

Wahhhh. Sungguh bernas idea ini. Tak payah nak susah². Automatik jer. Ia dipanggil Albatros hasil rekaan Oscar Lhermitte.


Source

27 Februari 2012

Idea USB Yang Memudahkan Pengguna

Anda mahu plug thumbdrive pada laptop anda dalam gelap. Anda terpaksa mencuba berulang kali kerana tersalah cucuk. Pernahkah situasi seperti ini berlaku kepada anda? Lim Jae Min mempunyai masalah yg sama. Oleh itu beliau telah mencipta satu idea yg simple untuk mengelakkan situasi seperti diatas. Idea beliau yg dinamakan Eidetic USB ini telah memenangi Red Dot Design Concept Award 2011.


Source

07 Februari 2012

Eksperimen Budaya Menggunakan Monyet


Fikir-fikirkan.

Rumah Portable Untuk Homeless

Di luar negara, org² yg tiada rumah dan terlalu miskin dipanggil homeless. Mereka ini akan berkeliaran mencari makanan, meminta sedekah dan tidur di kaki lima. Oleh itu Paul Elkin telah mencipta sebuah rumah portable untuk homeless ni. Ia dilengkapi tempat tidur, tangki untuk mengumpul air hujan, tandas dan dapur kecil. Beliau berharap kerajaan boleh membekalkan portable home ini untuk mereka supaya mereka tidak mati kesejukan.


Source

30 Januari 2012

Bangunan Yang Di Tembusi Lebuhraya

Bangunan Gate Tower di Osaka, Jepun merupakan satu bangunan yg unik. Ini kerana bangunan ini ditembusi lebuhraya pada tingkat 5, 6 dan 7 bangunan 16 tingkat itu. Bangunan ini mempunyai kisahnya yg tersendiri. Tuan tanah kepada bangunan ini mahu membangunkan tanahnya dengan membina sebuah bangunan. Namun permohonannya ditolak kerajaan Jepun kerana highway itu telah pun di plan terlebih dahulu. Namun tuan tanah itu tidak berputus asa dan tidak mahu tanahnya diambil dan berkeras mahu membina bangunan. Setelah berbalah sehingga 5 tahun, akhirnya keputusan dicapai dengan membina kedua-dua bangunan dan highway itu. Maka wujudlah Gate Tower Building.


Source

18 November 2011

Studio Apartment Yang Kreatif

Studio apartment adalah sejenis kediaman seperti apartment tetapi mempunyai saiz yg lebih kecil iaitu diantara 300 hingga 600 kaki persegi. Ianya sesuai untuk org yg tinggal seorang diri seperti bujang, janda, dan duda. Studio apartment dibawah direka oleh Jordan Parnass Digital Architecture, USA. Sangat kemas, cantik dan tersusun. Aku mmg mengidam nak duduk rumah mcm ni. Ntah bila laa agaknya.

14 November 2011

Tile Unik Untuk Rumah Anda

Biasa bila kita sebut pasal tile rumah, kita terbayangkan ceramic tile segi empat yg bermacam² warna kan. Namun kini definisi tile sudah berubah. Seorang designer dari Turkey telah mencipta satu jenis ceramic tile yg baru. Yiğit Özer dari Kütahya Seramik telah mencipta Versatile Collection dan mempunyai dua model iaitu Arc dan Axis. Rekaan beliau telah memenangi Red Dot Design Award. Dengan rekaan beliau ini, pengguna boleh menyusun tile dengan lebih pelbagai konfigurasi dan tampak timbul serta 3D.

09 November 2011

Bateri USB Yang Genius

This is genius. Why need a charger, sedangkan boleh terus charge dekat USB. This revolutionary idea meringkaskan dengan menghapuskan charger. Bateri itu sendiri adalah charger. Ianya boleh dibeli dengan harga £10.99 di website mereka.