03 April 2012

History: Munich Air Desaster

Bagi peminat kelab bola sepak Manchester United tentu familiar dengan kejadian Munich Air Disaster ini. So entry ni khas utk die hard fan MU, or boleh kata tribute laa kepada MU. Enjoyyy.


Munich Air Desaster berlaku pada 6 Febuari 1958 dimana flight 608 British European Airways gagal untuk berlepas pada cubaan berlepas yg ketiga. Di dalam flight 608 ini terdapat seramai 44 org terdiri daripada pemain bola sepak MU, jurulatih, staff, journalist, dan beberapa orang lain. Kejadian ini berlaku semasa mereka sedang dalam perjalanan pulang selepas perlawanan European Cup menentang Red Star Belgrade di Serbia. Perjalanan pulang terpaksa singgah di Munich untuk mengisi minyak yg tidak mencukupi untuk perjalanan tanpa henti ke Manchester.

Sebelum kejadian, juruterbang, Kapten James Thain dan Kapten Kenneth Rayment telah mencuba sebanyak dua kali untuk berlepas namun cubaan itu dihentikan kerana berlaku boost surging pada port engine. Mereka mengambil keputusan untuk berlepas buat kali ketiga kerana tidak mahu kelewatan jadual jika mereka tinggal di Munich satu malam. Pada cubaan ketiga, salji telah mula turun dan slush (salji yang mencair) telah berkumpul pada hujung landasan. Apabila kapal terbang tersebut melanggar slush tersebut, ia kehilangan kelajuan menyebabkan ia tidak mampu untuk berlepas. Ia merempuh pagar di hujung landasan dan melanggar rumah berdekatan. Seramai 20 dari 44 orang telah terbunuh.


Siasatan yang dilakukan oleh West German Airport menyalahkan Kapten kerana menyangkakan bahawa kapten tidak membuang salji yg terkumpul pada bahagian sayap kapal terbang. Namun selepas 10 tahun, hasil siasatan yg baru mendapati slush adalah punca yg menyebabkan kapal terbang itu tidak mampu untuk mencapai kelajuan untuk berlepas.

Untuk lebih detail, anda boleh tonton video dibawah.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan