28 Mei 2012

Kapal Pelik RP Flip

RP Flip atau Floating Instrument Platform adalah sebuah kapal untuk penyelidikan yg dipunyai oleh U.S Office Of Naval Research. Kapal sepanjang 108 meter ini boleh berada pada keadaan melintang dan tegak 90 darjah semasa berada di laut. Ia ditegakkan dengan memasukkan air pada bahagian bawah supaya ia menjadi berat dan tenggelam. Untuk kembali kepada keadaan asal, mereka hanya perlu mengepam air keluar dari badan kapal itu. Kapal ini digunakan untuk mengkaji keadaan laut seperti ketinggian ombak, signal akustik, suhu dan ketumpatan air. Kapal ini tidak mempunyai engine, bermakna ia perlu ditunda untuk pergi ke sesuatu tempat. Kesemua peralatan didalamnya juga direka supaya boleh dipusingkan 90 darjah.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan