13 Januari 2014

McLaren F1 Buatan Belakang Rumah

Jacek Mazur, 48, merupakan seorang mekanik amatur dan telah membina sendiri sebuah supercar McLaren F1. Beliau mengambil masa selama 8 tahun dan telah menghabiskan belanja sebanyak US$ 33,000 untuk menyiapkan kereta ini. Kereta ini mampu meluncur pada kelajuan maksimum 322 km/j dan memecut sepantas 6 saat dari 0 ke 100 km/j. Kereta ini menggunakan enjin Audi dan kesemua barang lain diambil dari Mercedes. Lihat video interview beliau dibawah sekali.

Ratusan Ribu Ular Di Sarang Ular Narcisse

Narcisse Snake Dens (Sarang Ular Narcisse) terletak 6 km dari Narcisse yg terletak didalam daerah Manitoba, Kanada. Sarang ular ini merupakan sarang terbesar di dunia untuk spesis ular Red-sided Garter. Di hujung April sehingga awal bulan Mei, ular² ini akan merayap di permukaan tanah untuk musim persenyawaan. Dianggarkan 50 ekor ular jantan akan mengerumuni seekor ular betina untuk persenyawaan. Hardcore gang bang. Pelancong boleh melihat sarang ular ini secara dekat dengan adanya platform yg dibina bersebelahan sarang ular ini. Kepada mereka yg melancong ke Kanada boleh lah melawat sarang ular ini. Aku tak pernah tengok ular sebanyak ni.

10 Januari 2014

Jambatan Naga Di Da Nang, Vietnam

Kepada yg pergi melancong ke Vietnam, pastikan anda singgah di The Dragon Bridge (Jambatan Naga) yg terletak melintasi Sungai Han di Da Nang, Vietnam. Jambatan ini mula dibina pada 19 July 2009 dan dibuka pada 29 March 2013. Jambatan yg menelan belanja US$ 88 million ini mempunyai panjang 666m, 37.5m  lebar dan mempunyai 6 lane jalanraya. Ia direka oleh Ammann & Whitney Consulting Engineers bersama Louis Berger Group.

Lelaki Ini Tidak Pernah Mandi Selama 60 Tahun..!!

Dahulu aku pernah post pasal seorang lelaki dari India yg tidak pernah mandi selama 38 tahun. Kali ini lagi dasyat. Seorang lelaki dari Iran, Amoo Hadji yg berumur 80 tahun tidak pernah mandi sejak 60 tahun yg lepas..!! Beliau tidak mempunyai alasan kukuh seperti penyakit atau alahan untuk tidak mandi. Beliau memang taknak mandi. Oleh kerana tidak mandi selama berpuluh tahun, keadaan beliau sangat teruk seperti makhluk didalam cerita Lord of The Rings.

31 Disember 2013

Carlos Santana Dipertemukan Semula Dengan Pemain Dram Asal Yang Merupakan Seorang Homeless


Marcus "The Magnificent" Malone merupakan pemain dram asal Santana sekitar tahun 1967. Selepas keluar dari Santana, nasib Marcus tidak diketahui oleh Santana sendiri. Baru² ini seorang wartawan, Stanley Roberts telah terjumpa Marcus dalam keadaan homeless atau tidak mempunyai rumah. Wartawan itu telah mengaturkan untuk mempertemukan Marcus dengan Santana sendiri yg telah lebih 40 tahun tidak berjumpa. Video dibawah adalah saat ketika mereka dipertemukan. Dan pada 2 Febuari 2013 lalu, Santana telah mengumumkan untuk mengumpulkan semula ahli asal Santana (termasuk Marcus).


Source

Hati-Hati Menggunakan Mesin ATM


Video ni bukan di Malaysia tapi sapa tau boleh jadi kat Malaysia pun ada. Jadi berhati² lah semasa hendak menggunakan mesin ATM.

30 Disember 2013

2015 Mercedes C-Class


Belum masuk 2014 lagi Mercedes dah umumkan 2015 Mercedes C-Class. Model terbaru ini menampilkan design yg masih segar dari lampu hadapan hingga lampu belakang, ruang dalaman yg baru dan juga kuasa enjin baharu. Yg masih sama adalah lambang ikonik Mercedes. Rupa model terbaru ini nampak lebih agresif dan juga mewah. Ia dikuasakan dengan 2 pilihan enjin iaitu 235hp 2L turbo inline 4 atau 329hp 3L turbo V6. Harga kereta ini masih belum diumumkan.

Seni Yang Boleh Dibuat Menggunakan Pita Pelekat


Pernahkah anda terfikir kegunaan lain pita pelekat ni? Seorang artis seni dari Ukraine, mempunyai idea untuk menggunakan pita pelekat ini sebagai alat seni. Mark Khaisman akan melekatkan pita ini pada cermin secara berlapis² dan apabila dipasangkan lampu akan menghasilkan bayang². Kebanyakan hasil seni beliau bermotifkan potret.

12 Disember 2013

Cara Pokok Krismas Di Tuai


Menjelang Krismas, banyak pokok krismas diperlukan untuk menghiasi setiap rumah, gedung membeli belah dan pelbagai tempat lagi. Oregon merupakan salah satu syarikat membekal pokok Krismas yg terbesar di Amerika. Untuk memudahkan kerja mereka menuai pokok Krismas ini, mereka menggunakan khidmat helikopter dengan pilot yg sangat handal. Lihat kedua² video dibawah utk menyaksikan skill pengendali helikopter tersebut.


Source