Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

25 August 2011

Ucapan, Acapan, Raya, Merdeka, Kampung, Lemang, Blablabla...




Sempena menyambut bulan yang mulia ini, saya selaku pemegang mohor besar ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yg mulia. Ampun maaf segala dosa² sama ada dosa kecil atau besar, dosa yang nampak ataupun dosa yang tak nampak, dari hujung rambut sampai ke hujung kuku kaki. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan. Tak lupa juga buat someone di luar sana, you know who you are, mintak maaf banyak² segala dosa dan halalkan segala makan minum. Saya tetap Faiz Rahman yang dahulu dan saya akan terus menerus berpegang teguh dengan pendirian.

Terima kasih kepada semua kawan² blogger, kawan sekolah, matrikulasi melaka, UiTM, kawan² metal and music, kawan Audi club, kawan di twitter, kawan office dan kawan² facebook yg terus memberi sokongan kepada saya serta blog ini, facebook page saya, terutama cik Farhana Yusof dan rakan² facebook yg rajin mempromosikan blog picisan saya ini. Semoga dengan sokongan kalian semua akan membuatkan saya terus rajin untuk menulis, menaip, copy paste, atau apa saja yang saya post dekat blog ini. Terima kasih semua.

Sedikit tutorial kepada rakan² yg tak familiar dengan konsep blog ini, bagi yg ingin membaca posting² saya yang lepas² boleh lihat pada sebelah kanan blog ini, ada blog archive. Dekat situlah segala posting² di list kan. Klik jer mana² yang rasa nak baca. Atau lebih mudah, like jer page facebook, so that setiap posting akan keluar dekat newsfeed facebook anda. Anda juga boleh memberi cadangan dekat page itu. Sekian terima kasih.

p/s: aku cilok gambar atas tu dari google. tq kepada pereka nya.






2 comments:

  1. eh..ada nama saya..pttla tersedak2 td..ada org sebut..hahahaha...anyway..selamat hari raya..maaf zahir batin!

    ReplyDelete
  2. heheheh. orang bagi post kena balas dengan post. heheh.

    ReplyDelete