08 Disember 2011

Model Lamborghini Aventador Dari Emas Berharga US$ 5 Million

Wooooo. Dulu aku pernah post pasal model Lamborghini Aventador dari carbon fiber, kali ni dari emas pulak. Robert Guelpen, seorang pereka kereta model telah membuat model Aventador ini yang mana body dan pintu diperbuat dari carbon fiber seperti kereta sebenar. Kemudian ianya disalut dengan solid gold. Rim pula diperbuat dari cast solid gold dan platinum. Begitu juga interior kereta model itu. 700 biji berlian digunakan pada kerusi dan LED headlight manakala batu² berwarna digunakan untuk lampu belakang. Model kereta ini akan dilelong dengan harga pembukaan US$ 5 million dan disahkan untuk menjadi model kereta termahal didunia oleh Guinness World Records.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan