Ok kisahnya begini. Joanna Krzysztonek disahkan mengandung anak kembar 3. Beliau dikejarkan ke hospital pada minggu ke 21 dimana ianya terlalu awal. Apabila bayinya yg pertama dilahirkan, keadaan bayi itu terlalu lemah dan tidak dapat diselamatkan. Oleh kerana itu, demi menyelamatkan kedua² lagi bayinya, doktor di Hospital Wroclaw, Poland ini mengambil keputusan memberi ubatan untuk melambatkan kelahiran bayi² seterusnya dan menterbalikkan beliau dimana katilnya dicondongkan sebanyak 30 darjah. Tali pusat diikat dan dimasukkan semula kedalam rahim.
Apa yg berlaku seterusnya selama 2 bulan setengah pada Joanna mungkin merupakan pengalaman paling getir buat hidup beliau. Beliau mesti berada pada keadaan itu 24/7 tanpa henti. Beliau juga tidak dibenarkan ke tandas. Jururawat di hospital memastikan beliau dibersihkan dan diberi makanan setiap hari. “I had to be very disciplined as I was not allowed to move out of the
bed for the whole 75 days. This was very uncomfortable, but
the staff kept me going.” katanya.
Beliau juga mencatat rekod dunia dimana waktu paling lama berada di labour room iaitu selama 75 hari. Usahanya akhirnya berjaya apabila 2 lagi anaknya selamat dilahirkan secara Caesarean. Bayi lelaki dan perempuan itu diberi nama Iga dan Ignacy. “I am feeling so elated that words can’t describe it. They are such good
babies, they are really calm and sometimes they even have the gentlest
little smile,” katanya lagi.
Source
Tiada ulasan:
Catat Ulasan