24 September 2012

Kes Ragut Di Sekitar Sri Putramas

 
Ok. Ni dah kali kedua berlaku depan mata wa sendiri. Ciri² kedua² kejadian ni mmg hampir sama. Refer map kat atas. No 1 utk kejadian pertama, no 2 utk kejadian kedua.

1. Masa kejadian yg pertama adalah time org pegi office. Maybe dalam pukul 8 pagi. Jalan agak sesak masa tu sebab banyak kereta dari Jalan Kuching masuk simpang utk ke Mont Kiara, Solaris Dutamas, Hartamas, etc. Kejadian kedua pulak baru berlaku petang tadi time org balik keje. Maybe dalam 6.30 petang. Dekat situ ada traffic light. So kereta berhenti utk traffic light.

2. Cara ragut adalah menaiki motor dengan pemandu serta pembonceng. Dua² kejadian menggunakan motor Yamaha 125z warna biru. No pendaftaran motor dibuang. Masa banyak kenderaan tengah berhenti untuk traffic light atau u-turn, motor tadi akan mencelah dan berhenti sebelah kenderaan target. Dua² kejadian, peragut berhenti sebelah kiri kenderaan. Dua² kejadian mangsa adalah wanita berseorangan. Mungkin sebab kebanyakan wanita akan letak handbag pada kerusi sebelah kiri. Pembonceng peragut akan pecahkan cermin kereta dan rampas handbag.

3. Pemandu akan terkejut dan gelabah tak tau nak buat apa. Selepas peragut tu rampas handbag, mereka memecut dan mencelah diantara kereta. Mereka akan u-turn di traffic light dan terus cabut melarikan diri. Ingat untuk kedua² kejadian, peragut akan memecut dan u-turn dekat traffic light dihadapan.

Ok. Sekarang pasal langkah keselamatan pulak. 

1. TOLONG JANGAN LETAK HANDBAG DEKAT KERUSI SEBELAH KIRI..!!!

2. Pastikan pintu kereta berkunci.

3. Kalau anda lalu di area tersebut atau mana² sekalipun, sentiasa alert dengan motor yg tiada no pendaftaran + naik 2 orang + motor jenis yg laju dan senang nak cilok. 

4. Kalau ada perasan motor dengan ciri² diatas, tolong perhatikan gerak geri motor tersebut. In case kalau anda perasan dia meragut kereta belakang anda, tolong himpit supaya motor tu tak boleh mencelah. Kalau boleh langgar sampai patah kaki lagi bagus. Peragut dan pembonceng adalah MELAYU tapi tak pasti whether melayu Malaysia atau Indonesia.

5. Motor tersebut akan buat u-turn pada traffic light dihadapan. Kalau anda sempat, anda boleh keluar kereta, pegi lane sebelah and flying kick peragut tersebut. Aku yakin peragut tak membawa senjata dan peragut tu keding jer.

Tolong share dengan semua orang. Copy paste pun boleh. Takde hal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan