Dalam dunia serba moden kini, lampu menggunakan elektrik adalah biasa. Namun untuk negara² yg mundur dan miskin, pelbagai cara dilakukan untuk berjimat cermat. Lampu minyak tanah memerlukan pengeluaran duit dan agak berbahaya. Di negara miskin, membeli minyak tanah untuk lampu sudah cukup membebankan. Oleh kerana itu GravityLight ini dicipta oleh Therefore Design untuk menggantikan lampu minyak tanah. Ianya tidak menggunakan bateri atau kuasa solar tetapi hanya menggunakan kuasa tarikan graviti. Seperti jam lama yg menggunakan pemberat, GravityLight juga menggunakan konsep yg sama. Pemberat 10kg digantung dan boleh menyimpan kuasa sebanyak 176 Joule dan boleh bertahan untuk menyalakan lampu LED selama setengah jam. Harga untuk setiap lampu juga adalah murah dan dijangkakan sekitar US$10.
Source
Tiada ulasan:
Catat Ulasan