15 April 2013

Pantai Tersembunyi Di Pulau Las Marietas, Mexico

Kepulauan Las Marietas terletak 41 kilometer dari barat daya Puerto Vallarta, Mexico. Pulau ini terbentuk dari aktiviti volcano selama beribu-ribu tahun. Kini pulau ini menjadi pusat perlindungan burung dan menjadi habitat bagi pelbagai spesis lautan. Kawasan lindungan ini dipanggil Parque Nacional Islas Marietas yg bermula sejak 2005 dan seluas 1,400 hektar. Salah satu daripada kepulauan ini adalah Pulau Playa de Amor atau lebih dikenali dengan nama Hidden Beach. Untuk sampai ke Hidden Beach ini, pelancong mesti berenang melalui sebuah terowong pendek. Lihat video dibawah sekali yg bercerita mengenai pantai tersembunyi ini.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan