03 Jun 2013

Dusit Thani Resort Di Baa Atoll, Maldives

Di kepulauan Baa Atoll di Maldives terdapat sebuah resort kepunyaan Dusit Thani Hotel & Resort. Untuk pengetahuan, Dusit Thani adalah syarikat perhotelan dari Thailand. Resort ini memberikan penginapan yg sangat ekslusif untuk pelancong yg ingin menikmati keindahan Maldives. Resort ini dikelilingi oleh pantai dengan pasir yg putih dan terdapat kawasan terumbu karang dan lagoon yg sangat membiru. Anda boleh terus turun dari bilik dan menikmati keindahan terumbu karang. Terdapat 100 villa yg terdiri dari Beach Villas, Beach Villas with Pool, Lagoon Villas with Pool, Ocean Villas with Pool, and the exclusive Ocean Pavilions and Beach Residences. Kesemua villa dilengkapi dengan ciri² moden seperti Wi-Fi, Internet TV, 46" Plasma tv dan Bose surround sound system.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan