Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

13 October 2011

Metro Goldwyn Mayer - Leo The Lion



Aku pasti korang mesti pernah tengok gambar ni. Tahukan korang ape benda Metro-Goldwyn-Mayer ni? Ape benda Leo The Lion ni?


Ok. Metro Goldwyn Mayer (MGM) adalah syarikat media Amerika yg mana mereka involve dalam produksi dan pengedaran filem dan siri televisyen. MGM ditubuhkan pada 1924 oleh Marcus Leow.

Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal MGM ni, tapi pasal Leo The Lion, maskot untuk MGM. Logo seperti gambar diatas direka oleh Paramount Studio. Sejak penggunaan logo ini hingga kini, sudah 7 ekor singa yg berbeza digunakan untuk logo dan video MGM.

Logo 1 : 1917 hingga 1928


Logo ini menggunakan singa bernama Slats yg berasal dari Dublin Zoo, Ireland.

Logo 2 : 1928 hingga 1956


Logo ini menggunakan khidmat singa bernama Jackie. Dengan logo yg sama juga terdapat lagi 2 ekor singa yg digunakan iaitu Telly dan Coffee.

Logo 3 : 1934 hingga 1956



Untuk logo yg ke-3 ini MGM menggunakan khidmat Tanner yg dilatih oleh Mel Koontz.

Logo 4 : 1956 hingga 1958


Sekitar tahun 1956 hingga 1958, MGM telah menggunakan khidmat singa bernama George.

Logo 5 : 1957 hingga kini


Seekor singa yg diberi nama Leo merupakan singa ke tujuh yg digunakan untuk video dan logo MGM.

Berikut adalah gambar² rakaman singa dan senarai logo, dan akhir sekali tentulah video klassik yg korang selalu tengok masa start movie.





Source: 1, 2, & 3






No comments:

Post a Comment