21 Oktober 2011

2012 Nissan GT-R

Ok ni bukan model baru tapi facelifted dari yg sebelumnya. Tapi facelifted bukan mcm kereta lain, dia punya facelifted bukan sekadar rupa sahaja tapi dari segi power pun up jugak. Ia masih kekal menggunakan VR38DETT 3.8L V6 TT engine dan 6 speed transmission dengan dual clutch tetapi Nissan telah improve valve timing dan better air-fuel mixture. Dengan ini kuasa engine bertambah dari 475hp kepada 530hp pada 6400 RPM!! Torque juga bertambah daripada 588 Nm kepada 612 Nm untuk model biasa dan 632 Nm untuk model SpecV. Fuhhhhhhhh..!! Walaupun kuasanya bertambah, Nissan berjaya mengurangkan penggunaan minyak dan pengeluaran gas merbahaya dengan Catalytic Converter dan Electronic Control Unit yg baru. Selain itu ia juga dilengkapi sistem brake yg lebih baik dan telah di improve. Tidak banyak beza dari segi luaran. Hanya penambahan LED running lamp dan redesign diffuser. Namun perubahan ini juga memberi kesan dari segi aerodynamic dimana drag coefficient dikurangkan sebanyak 0.26 dan downforce bertambah sebanyak 10%. Better downforce, better grip, better cornering.


Source: 1 & 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan