Di Colombia, terdapat satu sungai yg diberi nama Rio Cano Castales yg bermaksud sungai lima warna. Ia dinamakan sebegitu kerana setiap tahun pada waktu tertentu dan keadaan yg sangat tepat, sungai itu akan bertukar warna. Semasa waktu peralihan diantara musim basah dan musim kering dan ketinggian air yg sesuai, sejenis tumbuhan bernama Macarenia Clavigera akan tumbuh pada dasar sungai itu dan menyebabkan sungai itu kelihatan berwarna merah. Selain itu pasir pada dasar yg berwarna kuning dan hijau serta warna air yg membiru menambahkan lagi warna pada sungai itu.
Source
Tiada ulasan:
Catat Ulasan