Say Thanks To Admin Just By Clicking Any Advertisement

03 November 2011

2011 Gumpert Apollo S Supercar



Apollo S merupakan sebuah supercar keluaran syarikat Gumpert. Gumpert merupakan sebuah pengeluar kereta dari Germany yg mmg specialist dalam industri supercar. Founder dan owner Gumpert adalah Ronald Gumpert yg merupakan bekas director di Audi Sport. Semasa di Audi Sport, Audi telah memenangi 25 perlumbaan World Rally Championship dan 4 kali juara World Rally Championship. 

Ok habis cerita pasal Gumpert, sambung cerita pasal Apollo S. Body dan chassis kereta ini kebanyakannya diperbuat dari carbon fiber dan aluminum, kombinasi material yg durable dan ringan. Ini menyebabkan keseluruhan kereta ini mempunyai berat kurang dari 1225 kg. Selain itu rekaan body kereta ini sangat menitik beratkan aerodynamic yg mengurangkan rintangan angin. Menurut mereka kereta ini boleh dipandu upside down didalam terowong dengan kelajuan 300 km/h. Kereta ini menggunakan engine V8 4200cc yg dibina sendiri oleh Gumpert. Dilengkapi dengan 2 turbocharger, engine ini menghasilkan 900 kuasa kuda unicorn dan mampu accelerate dari 0 ke 100 km/h dalam masa 3 saat. Top speed kereta ini pula mampu mencecah 360 km/h.

Teruskan pembacaan untuk lebih gambar super cun dan click gambar untuk paparan yg lebih besar.


Source






No comments:

Post a Comment