19 November 2011

Madeira International Airport Yang Unik

Madeira International Airport terletak di Portugal. Ianya mula dibuka pada July 1964 dengan 2 landasan pendek sepanjang 1600 meter dan terletak betul² di tepi bukit dan laut. Landasan yg pendek itu menyebabkan pendaratan adalah sukar walaupun oleh juruterbang yg berpengalaman. Pada November 1977, sebuah pesawat Boeing 727 telah terbabas kerana hujan lebat, angin kencang dan jarak penglihatan yg dekat. Seramai 131 orang telah mati dan kejadian itu telah membuatkan pihak kerajaan terpaksa memikirkan cara untuk memanjangkan landasan itu. 8 tahun selepas kejadian itu, extension sepanjang 200 meter daripada landasan sedia ada dibina diatas laut dengan menambak tanah dan konkrit. Sambungan landasan itu juga terpaksa menggunakan 180 batang tiang konkrit setinggi 70 meter untuk menampung landasan baru itu.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan