20 November 2011

Roller Coaster Untuk Pejalan Kaki

Ini bukanlah roller coaster sebenar, tetapi sebenarnya adalah sebuah arca untuk pejalan kaki. Ia diberi nama Crouching Tiger And Turtle kerana arca tersebut melambangkan kelajuan roller coaster (tiger) tetapi pelawat terpaksa berjalan perlahan² (kura²). Ia terletak di bandar Duisburg, Germany. Ia berbentuk seperti landasan roller coaster tetapi tanpa coaster. Ia rekaan Ulrich Genth dan Heike Mutter. Pelawat boleh berjalan menaikinya dan menikmati pemandangan disitu. Lepas tengok gambar² dibawah, anda mungkin tertanya² mcm mana nak lalu loop tu? Ia tidak boleh dilalui, melainkan anda boleh berlari dengan kelajuan sebuah roller coaster. Hahahaha.


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan