20 Jun 2012

Detik Cemas Bapa Cuba Mencampak Anak Dari Tingkat 6


Kejadian cemas ini berlaku di Beijing dimana bapa kepada anak berusia 3 tahun ini cuba untuk mencampak anak itu dari tingkat 6 sebuah flat selepas bertengkar dengan isterinya. Lelaki itu membuka tingkap flat itu dan menggantung anak itu dengan hanya memegang lengannya. Anak itu menjerit ketakutan dan ibunya juga kedengaran menjerit meminta supaya anak itu dikembalikan kepadanya. Jiran² memanggil pihak keselamatan dan mereka memasang tilam angin dibawah flat itu. Pihak polis cuba untuk memujuk lelaki itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya pihak polis mengambil keputusan untuk menyerbu lelaki itu ketika dia sedang leka dan berjaya merampas anak itu. Anak itu tidak cedera dan lelaki itu ditahan polis dan dikatakan bahawa lelaki itu bergaduh teruk dengan isterinya dan dibawah pengaruh dadah.


Source

1 ulasan:

  1. patut lah ada peribahasa gajah sama gajah bergaduh pelanduk jadi mangsa, ni tengok budak kecik tu yang jadi mangsa tak patut betol lah keluarga tuh.

    BalasPadam