Jika anda berjalan di persisir pantai di Santos, Brazil, anda dapat menikmati satu pemandangan yg pelik. Kebanyakan bangunan tinggi di situ condong dan senget ke satu arah. Punca kepada kejadian ini adalah kerana keadaan tanah di kawasan itu dimana dibawah permukaan pasir sedalam 7 meter terdapat permukaan tanah liat sedalam 30 hingga 40 meter. Sehingga 1968, Jabatan Ukur Tanah tempatan tidak mensyaratkan jenis² foundation untuk bangunan yg mana sepatutnya mencecah 50 meter sehingga batuan keras. Tetapi bangunan² ini hanya mempunyai foundation sedalam 4 ke 5 meter. Namun, bangunan² tersebut masih didiami walaupun telah dinasihatkan untuk keluar.
Source
Tiada ulasan:
Catat Ulasan