22 Julai 2011

Hacker Menukar Gambar Profile Facebook Dengan Gambar Lucah Mereka

Joseph Bernard Campbell
Tampa US, 20 Julai 2011.

     Seorang penggodam (hacker) telah ditangkap oleh polis persekutuan US kerana bersalah atas kesalahan cyberstalking dan unauthorized access ke komputer. Joseph Bernard Campbell, 24, dituduh menggodam diantara 350 hingga 500 email. Campbell juga mencari gambar lucah peribadi pemunya email dan menukarkan profile picture Facebook mereka kepada gambar lucah itu. Campbell juga menyebarkan gambar² itu di laman web dan forum.

     Sekurang²nya 19 org wanita telah menjadi mangsa godaman Campbell. "Wanita² yg tidak mengetahui perihal itu mendapat panggilan telefon dari rakan² mereka dan mereka bertanya 'Do you know what's on your Facebook page?'" kata Leftenan Bill Sohl dari Belleair Police Department.

     "Campbell mendapat email² dari high school tempatan dan menghantar email kepada mereka dengan mengatakan bahawa mereka mendapat greeting card dan meminta mereka memasukkan email dan kata laluan (password). Campbell kemudian menggunakan email dan password itu dan menggeledah email mangsa dan mencari gambar² lucah mereka. Wanita² yg pernah menghantar gambar lucah kepada teman lelaki mereka lah yg akan menjadi mangsa Campbell. Kemudian Campbell menggodam profile Facebook mereka dan menukar gambar profile kepada gambar lucah itu" kata Leftenan Bill Sohl.

     Jika disabitkan kesalahan, Campbell boleh dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda USD 250,000. Campbell bagaimanapun membuat rayuan untuk dikurangkan jumlah hukuman.

Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan