18 Julai 2011

In-Person : Galileo Galilei


Galileo Galilei, saintis Italy yg masyhur merupakan salah seorang yg paling bertanggung jawab dalam pembentukan scientific method, dilahirkan pada 15 Febuari 1564 di bandar Pisa. Semasa remaja, beliau belajar di University of Pisa, tetapi kemudian berhenti  belajar kerana masalah kewangan. Namun begitu pada tahun 1589, beliau berjaya mendapat tempat sebagai pengajar di universiti itu. Beberapa tahun kemudian beliau berpindah ke University of Padua dan mengajar di situ sehingga 1610. Sewaktu di situ lah kebanyakan penemuan saintifik nya ditemui.

Penemuan saintifik pertama Galileo adalah di dalam bidang Mechanics. Aristotle mencadangkan bahawa objek berat akan jatuh lebih laju berbanding objek ringan, dan ramai para saintis mengakui teori ini.Namun Galileo membuat keputusan untuk membuat ujikaji mengenainya dan kemudian mengatakan bahawa Aristotle adalah salah. Galileo mengatakan bahawa objek berat dan ringan jatuh pada kelajuan yg sama namun ditentukan oleh friction udara.

Kemudian Galileo mengambil langkah seterusnya dengan mengukur jarak objek yg jatuh dan menemui bahawa jarak yg dilalui objek yg jatuh adalah proportional dengan masa yg diambil objek itu untuk jatuh dikuasa dua kan. Galileo juga telah menyimpulkan keputusan eksperimennya dengan formula matematik. Penggunaan formula matematik dan method matematik adalah karakter penting dalam sains moden.

Antara lain penemuan terbesar Galileo adalah hukum inersia. Sebelumnya, saintis percaya bahawa objek yg bergerak akan semakin perlahan dan akhirnya berhenti secara natural melainkan ada daya luar yg dikena kan untuk menyebabkan ia terus bergerak. Namun eksperimen Galileo menyatakan bahawa kepercayaan itu adalah salah. Galileo menyatakan bahawa jika daya luar seperti friction dapat dihapuskan, objek bergerak akan terus bergerak tanpa berhenti. Prinsip penting inilah yg diuji semula oleh Newton dan mewujudkan Newton first law.

Penemuan Galileo yg paling dikagumi adalah didalam bidang astronomi. Pada tahun 1609, Galileo mendapat tahu tentang terciptanya teleskop di Belanda. Walaupun Galileo hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai cara membuat teleskop itu, namun beliau sendiri berjaya mencipta teleskop yg lebih berkuasa dan dalam masa setahun, Galileo berjaya membuat banyak penemuan besar.


Galileo melihat pada bulan dan menyatakan bahawa permukaan bulan bukanlah licin, tetapi mempunyai kawah dan berbukit2. Galileo melihat pada Milky Way (sebuah galaksi) dan menyatakan bahawa ia adalah gabungan bintang2 dan mata kasar membuatkan ianya kelihatan seperti sebuah nebulous. Galileo juga menemui ring yg mengelilingi Saturn dan Jupiter mempunyai 4 bulan yg mengelilinginya. Ini menjadi bukti bahawa sesebuah objek boleh mengelilingi planet selain bumi. Galileo juga menemui sunspot (sila google) dan menghuraikannya dengan baik. Beliau juga menemui bahawa planet Venus mempunyai fasa seperli bulan dan ini menjadi bukti penting bahawa bumi dan planet2 mengelilingi matahari.


Antara kepintingan Galileo yg paling utama adalah method dalam sains. Sebelum beliau, para saintis hanya membuat pemerhatian terhadap sesuatu perkara, namun Galileo yg memulakan sistem mengambil data dan membuat eksperimen yg menjadi basic kepada sains masa kini. Galileo mati pada tahun 1642.

Source:
The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History; 1978, ISBN 9780806510682
Galileo Galilei

Tiada ulasan:

Catat Ulasan