Sebelum ni untuk ruangan History aku dah cerita pasal Tacoma Bridge, Hindenburg, dan Chernobyl; kali ni aku nak cerita serba ringkas pasal Titanic pulak. Enjoy.
Titanic dibina di Harland &Wolff shipyard di Belfast, UK. Titanic dibina dengan tujuan untuk menjadi kapal terbesar dan termewah di dunia. Designer Titanic ini adalah Lord Pirrie, Thomas Andrew, dan Alexander Carlisle. Pembinaan Titanic dibiaya oleh syarikat J. P. Morgan iaitu International Mercantile Marine Co. dan pembinaan bermula pada 31 Mac 1909. Badan Titanic siap dibina pada 31 May 1911 dan keseluruhannya siap pada 31 Mac 1912. Panjang keseluruhan Titanic adalah 269.1 meter dan digerakkan dengan 2 buah enjin 4 silinder, 3 buah steam engine, dan sebuah turbine. Kuasa dari enjin ini mampu menggerakkan Titanic pada kelajuan maksimum 23 knots atau 43 km/j. Titanic mampu membawa seramai 3547 orang penumpang dan krew.
Pada 10 April 1912, Titanic memulakan perjalanan sulungnya dari Southampton, England menuju New York, US. membawa seramai 2240 orang penumpang berkapten kan Edward J. Smith. Pada malam 14 April 1912, suhu udara telah jatuh menghampiri takat beku. Titanic menerima 6 warning mengenai iceberg di sepanjang laluan Titanic, namun kapten mengambil keputusan untuk mengabaikan warning tersebut sehinggalah dia menerima warning yg ke 7. Kapten kemudian mengubah haluan kapal untuk mengelak iceberg yg diberitahu oleh kapal2 lain. Titanic mempunyai 2 lookouts tinggi diatas kapal bertujuan untuk memantau perjalanan kapal. 3 crew dipertanggungjawabkan untuk memerhati perjalanan kapal. Namun nasib tidak menyebelahi Titanic kerana pada ketika itu, tiada sinaran cahaya bulan, tiada angin, tiada teropong, dan bahagian iceberg yg berwarna kegelapan mengadap laluan Titanic.
Pada pukul 11.40 malam, crew lookouts ternampak iceberg dan terus membunyikan loceng amaran dan menghubungi deck kapal. First Officer Murdoch mengarahkan supaya Titanic terus mengubah haluan. Penyiasat mendapati terdapat beberapa percanggahan mengenai arahan Murdoch. Ada yg menyatakan bahawa Murdoch mengarahkan supaya kapal berhenti serta merta dan ada yg mengatakan bahawa Murdoch mengarahkan untuk membelok dan melajukan kapal. Namun segalanya telah terlambat dan Titanic berlanggar dengan iceberg itu.
Perlanggaran itu dianggarkan mengambil masa selama 37 saat. Kapten kemudian menganggarkan bahawa Titanic akan mengambil masa di antara 1 jam sehingga 1 jam setengah. Kapten terus mengarahkan supaya bot penyelamat dikeluarkan. Dia mengarahkan bahawa lifeboat itu dipenuhkan dengan wanita dan kanak2 dahulu. Pada pukul 2:20 pagi Titanic tenggelam sepenuhnya. Hanya 711 org berjaya menyelamatkan diri dan selebihnya mati atau hilang.Kebanyakannya mati disebabkan hypothermia.
Source: 1, 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan