08 Julai 2011

HISTORY : Hindenburg Disaster (1937)

Hindenburg Disaster berlaku pada tahun 1937 di Lakehurst Naval Air Station, Lakehurst, New Jersey dimana Zeppelin (airship) penumpang Germany atau nama glamernya Hindenburg terbakar dan musnah semasa sedang "docking". Zeppelin tidak sama seperti kapal terbang di mana kapal terbang mendarat di atas landasan manakala untuk Zeppelin pula di panggil docking pada Mooring Mast (structure yg dapat dilihat pada gambar di atas). Seramai 36 org telah mati termasuk 1 org krew di darat.

Punca kebakaran Hindenburg masih belum diketahui sehingga kini, walaupun terdapat ramai saksi (crew penerbangan) yg menyaksikan kebakaran itu. Ada saksi yg mengatakan bahawa ternampak fabrik badan Hindenburg bocor dan menyebabkan kebocoran gas dan ada pula saksi yg mengatakan ternampak electric spark yg mungkin disebabkan oleh electrostatic. Kejadian kebakaran ini sangat pantas dan hanya mengambil masa beberapa saat utk menghancurkan Hindenburg keseluruhannya.

Terdapat banyak teori yg dikatakan menjadi punca Hindenburg Disaster ini antaranya adalah sabotaj, electrostatic, kilat, dan kerosakan enjin. Punca kebaran juga menjadi tanda tanya dimana ada yg mengatakan gas hidrogen yg digunakan menjadi punca utama kebakaran.

Ini ada video kejadian Hindenburg yg berjaya di capture.

extra: semasa jimmy page, jeff beck, keith moon, dan john entwistle berbincang mengenai nama untuk satu band baru, mereka memilih zeppelin dan menamakan band baru itu Led Zeppelin. Album pertama mereka menggunakan gambar Hindenburg sebagai album cover.


Source: 1, 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan